Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

Anggota TNB Melecur Terkena Renjatan Elektrik

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada December 19, 2018, 2:21 pm

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
Anggota TNB Melecur  Terkena Renjatan Elektrik

TAIPING  – Tiga pekerja subkontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) melecur setelah terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja-kerja pembaikan kabel di hadapan sebuah kilang di Jalan Perusahaan Tiga Kamunting di sini hari ini.

Kejadian tersebut menyebabkan Mohd. Syawal Che Rose, 30, parah apabila melecur 50 peratus di beberapa bahagian badan termasuk tangan, muka dan kaki.

Dua rakannya, G. Muniandy, 39, dan Ahmad Nor Fitri Saidin, 21, pula masing-masing melecur 20 dan 10 peratus di badan.

Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila jentera yang digunakan pekerja terbabit untuk mengorek tanah telah terkena kabel dan menyebabkan ia tiba-tiba meletup.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Muhamad Yassir Adnan berkata, enam anggota termasuk pegawai ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 11 pagi.

“Kerja-kerja menyelamatkan mangsa yang melecur segera dijalankan dengan Mohd. Syawal dihantar ke Hospital Taiping menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Dua lagi mangsa turut dibawa ke hospital sama menaiki ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.-UTUSAN ONLINE

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: INFO, MALAYSIA

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Dunia Fesyen Meratapi Pemergian Karl Lagerfeld
  • Dr. Pyong Wha Choi Terkejut Perut Pesakit Ada 2kg Sampah
  • TLC Hasilkan Telefon, Tablet Boleh Lentur
  • Kes Anak Mat Sabu, Tunggu Keputusan Dari Peguam Negara
  • “Ini Petanda Anda Tercabar Dan Terancam Benarkah? Jika Benar, Sediakan Lebih Banyak Cat Lagi ” Sindir Rahmad Musa
  • Rahsia Sujud Di Dalam Solat. Amat Rugilah Bagi Insan Perlekehkan Solat
  • “Dulu Zaman Najib Buleh BR1M, bakpe Lening Tak Buleh BSH? – Warga OKU
  • BSH : “Dari Jauh Pak Cik Datang, Tapi Gagal Kemas Kini , Kaki Dahla Sakit”.
  • Belum Setahun Kerajaan PH Memerintah, Jangan Label PH Kerajaan Sepenggal- Wan Azizah
  • Hayabusa2 Bakal Mendarat Di Asteroid Ryugu

POPULAR

  • "Saya Fikir Azmin Melampau, Ayah Saya Sudah Meninggal Dunia Lebih 43 Tahun Dahulu. Jangan Diusik Lagi," - Najib Razak
    "Saya Fikir Azmin Melampau, Ayah Saya Sudah Meninggal Dunia Lebih 43 Tahun Dahulu. Jangan Diusik Lagi," - Najib Razak
  • "Peguam Negara Cabut Lari Dari Lawan Najib"
    "Peguam Negara Cabut Lari Dari Lawan Najib"
  • Guan Eng Tahu Rupanya Dana Wang 1MDB
    Guan Eng Tahu Rupanya Dana Wang 1MDB
  • Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
    Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
  • Hari ini ANDA adalah Kerajaan. Berhenti berkempen! - Tunku Mahkota Johor
    Hari ini ANDA adalah Kerajaan. Berhenti berkempen! - Tunku Mahkota Johor
  • Muhammad Azizul Mati Akibat Jerutan Dan Di Pukul
    Muhammad Azizul Mati Akibat Jerutan Dan Di Pukul
  • “Kalau BR1M Adalah Candu BSH Pula Apa? - Warganet Persoalkan Kenyataan Tun Daim
    “Kalau BR1M Adalah Candu BSH Pula Apa? - Warganet Persoalkan Kenyataan Tun Daim
  • Pasangan Berkhalwat Di Hotel Di Cekup
    Pasangan Berkhalwat Di Hotel Di Cekup
  • Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
    Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·