Penyertaan bekas Ahli Parlimen Kangar itu disahkan oleh Setiausaha Bersatu negeri, Wan Saiful Wan Jan

Terdahulu, Wan Saiful bersama Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya menyerahkan kad keahlian parti itu kepada Radzi dalam satu majlis ringkas di kediaman beliau di sini.

Wan Saiful berkata, tokoh politik berpengaruh itu menyertai Bersatu kerana yakin dengan perjuangan parti yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Penyertaan Radzi itu sekali gus memberi semangat kepada kepemimpinan Bersatu di negeri ini. Malah, pengalaman luas Radzi akan membantu perjuangan Bersatu khususnya di Perlis,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.- UTUSAN ONLINE