Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

PH Upaya Bangunkan Cameron Highlands Jika Menang – Muhyiddin Yassin

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada January 14, 2019, 3:31 pm

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

PUTRAJAYA – PH Upaya Bangunkan Cameron Highlands  lebih daripada pusat pelancongan sekiranya memenangi pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen itu pada 26 Jan ini, kata Timbalan Presiden PH Tan Sri Muhyiddin Yassin

PH Upaya Bangunkan Cameron Highlands Jika Menang - Muhyiddin Yassin

“Kami mempunyai kapasiti dan sumber untuk membangunkan kawasan itu berbanding sekarang,” kata Muhyiddin, yang juga Menteri Dalam Negeri, dalam sidang media selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2019 kementeriannya di sini hari ini.

PRK itu akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Timbalan Pengerusi DAP Pahang M. Manogaran, 60; yang mewakili PH, bekas pegawai kanan polis Ramli Mohd Nor, 61; daripada Barisan Nasional (BN) dan bekas pensyarah Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib, 61; serta petani Wong Seng Yee, 40; yang masing-masing bertanding atas tiket Bebas.

Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov lepas mengisytiharkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh daripada BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei 2018, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Muhyiddin berkata beliau tahu masalah dan isu penduduk Cameron Highlands yang dihadapi mereka dan yakin PH mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang lebih baik berbanding BN.

“Saya percaya jentera parti sedang turun ke padang dan memperjelaskan pelbagai perkara bukan hanya melibatkan isu di kawasan itu malah turut mengenai isu pekerjaan dan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang perlu diselesaikan,” katanya.

Mengenai dakwaan Senator Bob Manolan Mohamad mengeluarkan kenyataan berbentuk ugutan kepada Tok Batin baru-baru ini, Muhyiddin berkata terserah kepada pengundi termasuk Orang Asli untuk menilai kenyataan tersebut.

Katanya Bob Manolan telah memberikan penjelasan sewajarnya berhubung kenyataannya dan masing-masing berhak menilai tindakan itu.

Diminta mengulas gambar seorang wanita memakai baju PH mengagihkan wang sewaktu berkempen, Muhyiddin enggan memberikan komen berhubung perkara itu kerana tidak berada di tempat kejadian. – BERNAMA

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: INFO, MALAYSIA

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • PRK Semenyih : Persaingan 4 Penjuru
  • Air Mata Saya Bukan Gimik! ”Salahkah Saya menangis?” – Salahuddin Ayob
  • Isu Flat Earth : Pandangan Serta Hujah PU Amin
  • “Menteri Tidak Perlulah Menangis, Tolong Selesaikan Masalah Petani”
  • Minuman Ringan Diet Meningkatkan Risiko Kematian
  • Gempar! Kapal Ocean Cooper 2 Tenggelam
  • Terkini : Harga Minyak Mingguan 16 Februari Hingga 22 Februari 2019
  • Ngeri….Cebisan Daging Penunggang Motosikal Digilis Kontena
  • Kemalangan Ngeri Lori Kontena Terbalik Di Tanjung Malim
  • “Bumi Lebih Tepat, Berbentuk Geosfera” – Dr. Sheikh Muszaphar

POPULAR

  • Terkini : Harga Minyak Mingguan 16 Februari Hingga 22 Februari 2019
    Terkini : Harga Minyak Mingguan 16 Februari Hingga 22 Februari 2019
  • "Peguam Negara Cabut Lari Dari Lawan Najib"
    "Peguam Negara Cabut Lari Dari Lawan Najib"
  • Peguam Mohd. Khairul Azam Persoalkan Benarkah Keputusan PRU14 Kemungkinan Di Batalkan
    Peguam Mohd. Khairul Azam Persoalkan Benarkah Keputusan PRU14 Kemungkinan Di Batalkan
  • Pujian Tun M Terhadap Rafizi Ramli
    Pujian Tun M Terhadap Rafizi Ramli
  • DAP Tidak Teragak-Agak Tinggalkan PH - Lim Kit Siang
    DAP Tidak Teragak-Agak Tinggalkan PH - Lim Kit Siang
  • Pasangan Berkhalwat Di Hotel Di Cekup
    Pasangan Berkhalwat Di Hotel Di Cekup
  • Teguran Daim, Dr. Mahathir Perlu Buat Perubahan
    Teguran Daim, Dr. Mahathir Perlu Buat Perubahan
  • Roslan Hussin Menghembuskan Nafas Terakhir
    Roslan Hussin Menghembuskan Nafas Terakhir
  • Tak Usah Naik Gaji, Nanti Kos Semua Naik - Tun M
    Tak Usah Naik Gaji, Nanti Kos Semua Naik - Tun M
  • Ahli-ahli UMNO Pergi Musnahlah - Tun Mahathir
    Ahli-ahli UMNO Pergi Musnahlah - Tun Mahathir
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·