Dua beregu bebas, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying membuktikan mereka masih pasangan terbaik di negara ini apabila masing-masing berjaya menjuarai Badminton Thailand Masters yang berlangsung di Bangkok
Peng Soon-Liu Ying menepati ramalan selepas turun selaku pilihan utama berjaya menewaskan wakil tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dengan keputusan 21-16, 21-15 manakala V Shem-Wee Kiong mengetepikan cabaran wakil dari Taiwan, Lu Ching-yao-Yang Po-han 21-13, 21-17 dalam aksi final.
Kedua-dua pasangan tersebut sudah tidak lagi bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan mereka kini berada di landasan terbaik untuk mengumpul mata bagi mencari tiket ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo. – UTUSAN ONLINE
Komentar