Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

Mi-171A2 Dan Asat Buatan Rusia Bakal Di Miliki Malaysia

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada December 4, 2018, 9:49 am

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Mi-171A2 Dan Asat Buatan Rusia Bakal Di Miliki Malaysia

Mi-171A2 Dan Asat Buatan Rusia Bakal Di Miliki Malaysia

 

SEPANG – Rusia perkenal dua buah helikopter terbaharu, Mi-171A2 dan Asat melalui siri jelajah demonstrasi Asia Tenggara yang berlangsung di China, Vietnam, Kemboja, Thailand dan berakhir di Litar Antarabangsa Sepang di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Russian Helicopters, Andrey Boginsky berkata, jentera yang menggunakan enjin terkini, VK-2500PS-03 yang dinaik taraf dari enjin jentera Mi-8 dan Mi-17 itu menawarkan motor utama baru dengan bilah komposit dan profil aerodinamik yang berteknologi tinggi.

“Jelajah demonstrasi ini diadakan bagi memperkenalkan jentera buatan Rusia yang menggunakan kuasa enjin terkini yang lebih efektif berbanding VK-2500.

“Mi-171A2 dicipta dengan kelajuan 10 peratus lebih tinggi berbanding jentera buatan Rusia yang terkenal, Mi-8 dan Mi-17 serta muatannya adalah 25 peratus lebih besar,” katanya ketika sidang akhbar Demonstrasi Penerbangan Mi-171A2 dan Ansat di Litar Antarabangsa Sepang di sini semalam.

Sementara itu, Andrey berkata, Ansat merupakan rekaan jentera khusus untuk kegunaan serbaguna yang menggunakan enjin berkembar ringan yang sesuai digunakan untuk pengangkutan barangan dan penumpang serta misi menyelamat.

“Ansat dicipta dengan kabin terbesar di dalam kelas helikopter, dan dilengkapi dengan sistem konfigurasi yang mudah. Ia juga sesuai digunakan di negara yang beriklim panas.

“Sepanjang jelajah ini berlangsung, kita telah menerima sebanyak 70 tempahan yang bernilai lebih daripada AS$500 juta ke negara-negara di rantau Asia dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Kami berharap juga dapat menjual sehingga 15 buah helikopter kepada Malaysia dalam tempoh (tiga tahun) itu juga,” katanya.

Menurut Andrey, permintaan helikopter yang tinggi di Asia Tenggara boleh mencecah sehingga 420 buah helikopter dalam masa sepuluh tahun akan datang menjadikan Asia Tenggara sebagai lokasi pilihan bagi memperkenalkan jentera terbaru itu.

“Sehingga kini, lebih dari 200 buah helikopter buatan Rusia telah digunakan di seluruh Asia Tenggara. Sehubungan dengan itu, syarikat kami yakin dapat memperkembangkan lagi pasaran di sini,” ujarnya. – K! ONLINE

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: EKONOMI

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • BERSATU Gerik Bubar Jawatankuasa Bahagian
  • Syarat BSH ‘Tidak Masuk Akal’, Rintihan Warga Emas
  • Dari Beri Subsidi Petrol Bersasar, Baik Naikkan BRIM, Jadi Rakyat Boleh Berbelanja – Najib Razak
  • Keputusan Pusingan Kelima Piala FA
  • Zaidi Yusop Kartunis Hello Boss Meninggal Dunia
  • “Tolak, Tolak! Penipuan! Tolak, tolak! Ijazah Palsu!”
  • Gempar : Hotel Terbakar Di Mekah
  • Kemalangan : Pasangan Kekasih Maut Bertembung Mercedes Benz
  • Terkini : Tok Mat Hilang Kerusi DUN Rantau
  • Gempar! Temuan Mayat Reput Di Kawasan Paya Nipah

POPULAR

  • Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
    Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
  • Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
    Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
  • Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
    Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
  • Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
    Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
  • Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
    Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
  • ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
    ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
  • Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
    Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
  • Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
    Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
  • Apalah Nasib Peneroka Seperti Kami....
    Apalah Nasib Peneroka Seperti Kami....
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·