Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

Isu Kuil Maha Mariamman : 68 Individu Di Berkas

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada December 3, 2018, 8:02 pm

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Isu Kuil Maha Mariamman : 68 Individu Di Berkas

Isu Kuil Maha Mariamman : 68 Individu Di Berkas

 

 

KUALA LUMPUR – Jumlah tangkapan berhubung kejadian rusuhan di perkarangan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya kini telah mencecah kepada 68 individu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Mazlan Mansor berkata, jumlah tangkapan tersebut adalah setakat pukul 8 pagi tadi.

“Sehingga kini siasatan berhubung kejadian berkenaan serta kesemua yang ditahan masih dijalankan.

“Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) juga masih ditempatkan di lokasi bagi tujuan pemantauan serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, satu insiden rusuhan telah berlaku di perkarangan kuil berkenaan pada awal pagi 26 November lalu sehingga mengakibatkan sebanyak 18 kenderaan dibakar oleh kumpulan perusuh.

Rusuhan tersebut dipercayai berpunca daripada perselisihan di antara pihak pemaju serta pengurusan kuil berkenaan berhubung pemilikan tapak kuil tersebut.

Dalam pada itu, Mazlan turut menyatakan bahawa pihaknya telah merakamkan keterangan daripada rakan setugas anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, yang cedera parah akibat dipukul oleh sekumpulan perusuh di kuil berkenaan.

Muhammad Adib serta ahli pasukannya dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya telah diserang oleh kumpulan perusuh di kuil berkenaan ketika tiba untuk memadamkan kebakaran sebuah kereta di lokasi tersebut. – K! ONLINE

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: INFO, MALAYSIA

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Dari Beri Subsidi Petrol Bersasar, Baik Naikkan BRIM, Jadi Rakyat Boleh Berbelanja – Najib Razak
  • Keputusan Pusingan Kelima Piala FA
  • Zaidi Yusop Kartunis Hello Boss Meninggal Dunia
  • “Tolak, Tolak! Penipuan! Tolak, tolak! Ijazah Palsu!”
  • Gempar : Hotel Terbakar Di Mekah
  • Kemalangan : Pasangan Kekasih Maut Bertembung Mercedes Benz
  • Terkini : Tok Mat Hilang Kerusi DUN Rantau
  • Gempar! Temuan Mayat Reput Di Kawasan Paya Nipah
  • Isu Penggunaan Vaksin
  • 12 Ahli Sindiket Dadah Tumpas!

POPULAR

  • Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
    Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
  • Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
    Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
  • Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
    Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
  • Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
    Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
  • Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
    Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
  • ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
    ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
  • Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
    Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
  • Apalah Nasib Peneroka Seperti Kami....
    Apalah Nasib Peneroka Seperti Kami....
  • Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
    Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·