Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

Tragedi Rusuhan Kuil : 12 Individu PDRM Tahan

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada November 27, 2018, 6:40 am

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Tragedi Rusuhan Kuil : 12 Individu PDRM Tahan

Tragedi Rusuhan Kuil : 12 Individu PDRM Tahan

 

SHAH ALAM – Seramai 17 lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rusuhan di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, mereka termasuk enam daripadanya yang cedera selepas terlibat dalam rusuhan tersebut.

Katanya, turut dirampas adalah senjata yang dipercayai digunakan semasa merusuh iaitu masing-masing dua bagi bilah pedang, batang paip getah dan kayu.

“Seorang anggota polis berpangkat Koperal dari Ibu Pejabat Polis Subang Jaya turut mengalami patah tangan akibat insiden tersebut.

“Kita akan memohon kebenaran perintah reman terhadap 17 lelaki yang ditangkap itu esok,” katanya pada sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini sebentar tadi.

Beliau menambah, polis juga telah mengenalpasti dalang-dalang terlibat dalam rusuhan tersebut dan yakin akan dapat menangkap mereka dalam masa terdekat.

Ujarnya, berdasarkan siasatan usaha pemindahan kuil itu telah dilakukan sebanyak tiga kali sebelum ini namun gagal.

“Setakat ini, sebanyak 29 laporan polis telah diterima berhubung kes rusuhan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi menafikan dakwaan kelewatan pihak polis tiba di lokasi kejadian bagi menyuraikan rusuhan tersebut.

“Kita menerima panggilan kecemasan pukul 2.40 pagi sebelum empat Kereta Polis Peronda (MPV) dan beberapa Unit Rondaan Bermotosikal (URB) selang 10 minit kemudian.

“Namun, didapati terdapat 50 lelaki yang didalangi pihak tertentu dan atas tujuan keselamatan kemudiannya seramai 700 anggota polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah dikerahkan ke lokasi kejadian pukul 5 pagi,” jelasnya.

Terdahulu, dalam kejadian rusuhan pukul 2 pagi itu sebanyak 18 kenderaan termasuk dua motosikal terbakar manakala sebuah kereta peronda polis turut dibaling batu oleh perusuh.

Insiden itu berpunca daripada pertikaman lidah di antara dua kumpulan berhubung arahan memindahkan kuil tersebut yang dikeluarkan mahkamah sebelum ini. – K! ONLINE

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: INFO, MALAYSIA

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • BERSATU Gerik Bubar Jawatankuasa Bahagian
  • Syarat BSH ‘Tidak Masuk Akal’, Rintihan Warga Emas
  • Dari Beri Subsidi Petrol Bersasar, Baik Naikkan BRIM, Jadi Rakyat Boleh Berbelanja – Najib Razak
  • Keputusan Pusingan Kelima Piala FA
  • Zaidi Yusop Kartunis Hello Boss Meninggal Dunia
  • “Tolak, Tolak! Penipuan! Tolak, tolak! Ijazah Palsu!”
  • Gempar : Hotel Terbakar Di Mekah
  • Kemalangan : Pasangan Kekasih Maut Bertembung Mercedes Benz
  • Terkini : Tok Mat Hilang Kerusi DUN Rantau
  • Gempar! Temuan Mayat Reput Di Kawasan Paya Nipah

POPULAR

  • Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
    Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
  • Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
    Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
  • Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
    Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
  • Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
    Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
  • Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
    Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
  • ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
    ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
  • Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
    Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
  • Apalah Nasib Peneroka Seperti Kami....
    Apalah Nasib Peneroka Seperti Kami....
  • Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
    Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·