Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

Giliran Hishammudin Kritik Mat Sabu

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada November 15, 2018, 6:57 pm

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Giliran Hishammudin Kritik Mat Sabu

Giliran Hishammudin Kritik Mat Sabu

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengkritik Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berhubung rancangan menteri itu untuk menambah aset baharu bagi kementerian tersebut.

Hishammuddin, yang juga bekas menteri pertahanan, berkata tidak masuk akal kementerian itu mampu membeli aset seperti pesawat maritim jika peruntukan belanjawan telah dipotong sebanyak RM2 bilion.

“Kalau peruntukan dah dipotong RM2 bilion macam mana dia nak menyakinkan orang ramai bahawa aset yang nak dibeli itu cukup dengan belanjawan yang diberi,” katanya kepada media di Lobi Parlimen pada Khamis.

Dalam Belanjawan 2019, Kementerian Pertahanan memperolehi peruntukan sebanyak RM13.9 bilion, kurang berbanding RM15.4 bilion yang diperolehi tahun lepas.

Tambah wakil rakyat UMNO itu, kementerian sepatutnya tahu bagaimana untuk mengimbangi belanjawan yang diperolehi dengan apa yang mampu dibeli.

“Apa yang dibentang dan diperuntukkan mesti ada keseimbangan. Kalau dia kata nak beli aset, duit itu akan datang daripada mana.

“Itu belum lagi nak selenggara aset,” katanya, sambil menambah kenyataan menteri tersebut tidak realistik.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: INFO, MALAYSIA

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Gempar : Hotel Terbakar Di Mekah
  • Kemalangan : Pasangan Kekasih Maut Bertembung Mercedes Benz
  • Terkini : Tok Mat Hilang Kerusi DUN Rantau
  • Gempar! Temuan Mayat Reput Di Kawasan Paya Nipah
  • Isu Penggunaan Vaksin
  • 12 Ahli Sindiket Dadah Tumpas!
  • Palm Fiber Bakal Hasilkan Minuman EG Fiber Berasaskan Batang Sawit
  • Camry Serba Baharu Mencatatkan Skor 91.47 Mata Dalam ASEAN NCAP
  • Apa Itu Aplikasi E-Hailing Faszz
  • Jual Air 3 Sen Pada Singapura Sudah Tidak Munasabah , Sepatutnya Jual 10 Kali Ganda

POPULAR

  • Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
    Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
  • Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
    Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
  • Senarai  Baru Senator & Ahli Parlimen Sertai Bersatu
    Senarai Baru Senator & Ahli Parlimen Sertai Bersatu
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
  • Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
    Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
  • 3 ADUN Johor Sertai Bersatu
    3 ADUN Johor Sertai Bersatu
  • Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
    Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
  • Teguran Daim, Dr. Mahathir Perlu Buat Perubahan
    Teguran Daim, Dr. Mahathir Perlu Buat Perubahan
  • Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
    Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
  • ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
    ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·