Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

5 Pasaran Paling Berpotensi Bagi Kopi

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada November 9, 2018, 6:55 am

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

5 Pasaran Paling Berpotensi Bagi Kopi

5 Pasaran Paling Berpotensi Bagi Kopi

KUALA LUMPUR: Brazil, Amerika Syarikat (AS), Indonesia, Jerman dan Jepun mempunyai potensi terbesar bagi pasaran kopi, demikian menurut kajian terbaru oleh Euromonitor International.

Kajian itu – “Lima Pasaran Paling Berpotensi Bagi Kopi” – mengenal pasti peluang dalam pasaran kopi yang belum diteroka sepenuhnya dan matang. Penyelidikan itu memberikan pandangan global mengenai pasaran kopi dan mengenal pasti potensi lima negara berkenaan untuk pasaran.

Brazil telah menjadi pasaran kopi terbesar di dunia, yang mewakili 15 peratus jualan kopi global dalam jumlah dagangan selepas mengatasi AS pada 2014. Negara ini menunjukkan pertumbuhan yang mantap semasa kemelesetan ekonomi dengan mencatat kadar pertumbuhan melepasi purata global.

Walaupun kopi kisar segar masih mendominasi pasaran, masa depan kopi di Brazil bergantung kepada jenis kopi baru seperti biji dan lenggai, kata syarikat penyelidikan pasaran global tersebut dalam satu kenyataan.

Amerika Syarikat menawarkan pasaran kopi matang dengan kadar pertumbuhan di bawah purata global dalam jumlah dagangan. Masa depan kopi AS bergantung pada penawaran premium dan kemudahan, sementara kedai kopi dan kedai khusus adalah pemacu utama untuk pasaran.

Kopi di Indonesia telah mencapai jumlah jualan sebanyak 735,000 tan metrik pada 2018. Ia menjadi semakin relevan kepada pengguna yang berusaha untuk menghasilkan semula di rumah pengalaman perkhidmatan makanan yang menyaksikan permintaan yang lebih tinggi untuk campuran kopi segera.

Kajian itu menunjukkan penggunaan kopi di Jerman betul-betul seimbang, menawarkan peluang untuk inovasi dan jenama baru. Kelestarian dan kebolehkesanan adalah faktor penting dalam keputusan pembelian ketika pengguna menunjukkan minat dalam keseluruhan pengeluaran kopi dan mempunyai penggunaan yang bertanggungjawab.

Sementara itu di Jepun, penggunaan kopi dijangka dua kali lebih besar daripada penggunaan teh menjelang 2022. Biji kopi adalah format yang paling menonjol, mewakili 32 peratus daripada jumlah jualan pada 2018. Jualan lenggai kopi kisar segar juga dijangka merosot berikutan ruang terhad isi rumah di kawasan bandar di Jepun

Maklumat lanjut mengenainya boleh diperoleh di https://www.euromonitor.com

— BERNAMA

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: EKONOMI

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • PRK Semenyih : Persaingan 4 Penjuru
  • Air Mata Saya Bukan Gimik! ”Salahkah Saya menangis?” – Salahuddin Ayob
  • Isu Flat Earth : Pandangan Serta Hujah PU Amin
  • “Menteri Tidak Perlulah Menangis, Tolong Selesaikan Masalah Petani”
  • Minuman Ringan Diet Meningkatkan Risiko Kematian
  • Gempar! Kapal Ocean Cooper 2 Tenggelam
  • Terkini : Harga Minyak Mingguan 16 Februari Hingga 22 Februari 2019
  • Ngeri….Cebisan Daging Penunggang Motosikal Digilis Kontena
  • Kemalangan Ngeri Lori Kontena Terbalik Di Tanjung Malim
  • “Bumi Lebih Tepat, Berbentuk Geosfera” – Dr. Sheikh Muszaphar

POPULAR

  • Terkini : Harga Minyak Mingguan 16 Februari Hingga 22 Februari 2019
    Terkini : Harga Minyak Mingguan 16 Februari Hingga 22 Februari 2019
  • "Peguam Negara Cabut Lari Dari Lawan Najib"
    "Peguam Negara Cabut Lari Dari Lawan Najib"
  • Peguam Mohd. Khairul Azam Persoalkan Benarkah Keputusan PRU14 Kemungkinan Di Batalkan
    Peguam Mohd. Khairul Azam Persoalkan Benarkah Keputusan PRU14 Kemungkinan Di Batalkan
  • Pujian Tun M Terhadap Rafizi Ramli
    Pujian Tun M Terhadap Rafizi Ramli
  • DAP Tidak Teragak-Agak Tinggalkan PH - Lim Kit Siang
    DAP Tidak Teragak-Agak Tinggalkan PH - Lim Kit Siang
  • Pasangan Berkhalwat Di Hotel Di Cekup
    Pasangan Berkhalwat Di Hotel Di Cekup
  • Teguran Daim, Dr. Mahathir Perlu Buat Perubahan
    Teguran Daim, Dr. Mahathir Perlu Buat Perubahan
  • Roslan Hussin Menghembuskan Nafas Terakhir
    Roslan Hussin Menghembuskan Nafas Terakhir
  • Tak Usah Naik Gaji, Nanti Kos Semua Naik - Tun M
    Tak Usah Naik Gaji, Nanti Kos Semua Naik - Tun M
  • Ahli-ahli UMNO Pergi Musnahlah - Tun Mahathir
    Ahli-ahli UMNO Pergi Musnahlah - Tun Mahathir
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·