Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

Bajet 2019 : Gaji RM1500 Di Laksana Berperingkat

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada November 2, 2018, 7:59 pm

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Bajet 2019 : Gaji RM1500 Di Laksana Berperingkat

Bajet 2019 : Gaji RM1500 Di Laksana Berperingkat

KUALA LUMPUR: Kenaikan gaji minimum secara berperingkat dijangka menggalakkan pertumbuhan ekonomi selain memberi kesan minimum ke atas Indeks Harga Pengguna (IHP) berbanding kenaikan secara ‘one off’.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, dapatan itu diperoleh berdasarkan analisis empirikal menggunakan model ‘Applied General Equilibrium’ (MyAGE).

Menurut laporan itu, perubahan dasar gaji minimum akan memberi kesan positif ke atas penggunaan swasta yang dijangka meningkat antara 0.3 dan 0.4 mata peratusan bagi kenaikan secara berperingkat manakala 0.6 mata peratusan bagi kenaikan secara ‘one-off’.

“Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan IHP secara marginal disebabkan inflasi tarikan permintaan,” menurut laporan tersebut.

MyAGE dilaksanakan bagi menganggar impak peningkatan kadar gaji minimum daripada RM1,050 pada 2019 kepada RM1,500 di seluruh negara berdasarkan dua senario iaitu kenaikan secara berperingkat dan ‘one-off’.

Laporan itu menjelaskan bahawa kajian empirikal itu mengandaikan kenaikan tahunan gaji minimum secara berperingkat sebanyak RM150 bermula pada 2020 hingga 2022, manakala kenaikan secara ‘one-off’ kepada RM1,500 pada 2020.

Mengulas lanjut, laporan itu menyatakan bahawa kajian turut mendapati perubahan kadar gaji minimum berpotensi memberi impak ke atas kos pengeluaran dan daya saing perniagaan.

Perniagaan terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang bergantung kepada pekerja berpendapatan rendah berisiko kehilangan perniagaan disebabkan ketidakupayaan memenuhi keperluan gaji minimum.

Bagaimanapun, apabila kos relatif buruh semakin meningkat, syarikat akan terdorong untuk menggantikan tenaga buruh dengan modal insan melalui automasi dan mekanisasi.

“Keadaan ini akan meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja berkemahiran rendah seterusnya membolehkan syarikat menampung peningkatan gaji minimum tanpa menyebabkan pengguna menanggung kenaikan kos buruh,” menurut laporan itu.

Menurut laporan itu, kejayaan pelaksanaan dasar gaji minimum bergantung kepada keupayaan syarikat mengadaptasi amalan perniagaan terbaik bagi meningkatkan produktiviti melalui automasi dan mekanisasi yang lebih menyeluruh.

“Pada masa sama, industri dijangka beralih daripada pekerja berkemahiran rendah kepada pekerja separuh mahir dan mahir serta mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah yang seterusnya meningkatkan daya saing negara,” menurut laporan itu.

Perintah Gaji Minimum 2012 di negara ini dilaksanakan pada 1 Januari 2013 dengan gaji minimum ditetapkan sebanyak RM900 sebulan (RM4.33 sejam) di Semenanjung, manakala RM800 sebulan (RM3.85 sejam) di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Selaras dengan keperluan Akta Majlis Perundangan Gaji Negara 2011 (Akta 732), kadar terbabit disemak semula pada 1 Julai 2016 dengan minimum gaji dinaikkan kepada RM1,000 sebulan (RM4.81 sejam) di Semenanjung, manakala RM920 sebulan (RM4.42 sejam) di Sabah, Sarawak dan Labuan. – BERNAMA

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: EKONOMI

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Dari Beri Subsidi Petrol Bersasar, Baik Naikkan BRIM, Jadi Rakyat Boleh Berbelanja – Najib Razak
  • Keputusan Pusingan Kelima Piala FA
  • Zaidi Yusop Kartunis Hello Boss Meninggal Dunia
  • “Tolak, Tolak! Penipuan! Tolak, tolak! Ijazah Palsu!”
  • Gempar : Hotel Terbakar Di Mekah
  • Kemalangan : Pasangan Kekasih Maut Bertembung Mercedes Benz
  • Terkini : Tok Mat Hilang Kerusi DUN Rantau
  • Gempar! Temuan Mayat Reput Di Kawasan Paya Nipah
  • Isu Penggunaan Vaksin
  • 12 Ahli Sindiket Dadah Tumpas!

POPULAR

  • Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
    Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
  • Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
    Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
  • Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
    Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
  • Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
    Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
  • Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
    Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
  • ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
    ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
  • Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
    Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
  • Isu Kuil : 30 Individu Kembali Tunjukkan Bantahan
    Isu Kuil : 30 Individu Kembali Tunjukkan Bantahan
  • Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
    Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·