Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

Pemilihan PKR Kedah : Azmin Pertahankan Kedudukan

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada October 28, 2018, 7:25 am

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Pemilihan PKR Kedah : Azmin Pertahankan Kedudukan

Pemilihan PKR Kedah : Azmin Pertahankan Kedudukan

ALOR SETAR –  Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali  berjaya memperkukuhkan kedudukannya untuk mempertahankan jawatan tersebut  selepas menang dengan lebihan undi 526 berhadapan pencabarnya,  Mohd. Rafizi  Ramli pada pemilihan PKR Kedah fasa dua di lima cabang di negeri ini, hari ini.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi memperoleh 2,606 undi
manakala Mohd. Rafizi yang juga Naib Presiden PKR sekadar mengumpul 2,080 undi.

Lima cabang yang mengadakan pemilihan itu adalah Jerai, Merbok, Sungai Petani, Padang Serai dan Kulim – Bandar Baharu.

Mohamed Azmin yang merupakan bekas Menteri Besar Selangor mendapat sokongan di Cabang Sungai Petani dengan mendapat 912 undi, Cabang Jerai (324), Cabang Kulim – Bandar Baharu (407) dan Cabang Padang Serai (711).

Sementara itu, Mohd. Rafizi hanya mendapat sokongan di Cabang Merbok dengan 414 undi.

Fasa satu pemilihan PKR di negeri ini semalam menyaksikan Mohamed Azmin berjaya mendapat undi berjumlah 1,148 manakala Mohd. Rafizi pula memperoleh sebanyak 1,031 undi dalam perebutan jawatan tersebut.

Pemilihan fasa satu itu melibatkan 10 cabang iaitu Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Alor Setar, Kuala Kedah, Pendang, Sik dan Baling.

Jumlah keseluruhan ahli PKR yang berdaftar dan layak membuang undi di 15 cabang
di negeri ini ialah seramai 49,924 orang.

Proses pemilihan di 15 cabang tersebut diadakan dua hari itu berjalan lancar dan
terkawal tanpa kejadian yang tidak diingini.

Pemilihan PKR di negeri ini sepatutnya diadakan pada 22 September lalu tetapi
ditunda hari ini dan semalam selepas berlaku kekecohan serta pergaduhan di
beberapa cabang apabila pengundi tidak berpuas hati dengan sistem e-Undi yang
tergendala. – K! ONLINE

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: INFO, MALAYSIA

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • BERSATU Gerik Bubar Jawatankuasa Bahagian
  • Syarat BSH ‘Tidak Masuk Akal’, Rintihan Warga Emas
  • Dari Beri Subsidi Petrol Bersasar, Baik Naikkan BRIM, Jadi Rakyat Boleh Berbelanja – Najib Razak
  • Keputusan Pusingan Kelima Piala FA
  • Zaidi Yusop Kartunis Hello Boss Meninggal Dunia
  • “Tolak, Tolak! Penipuan! Tolak, tolak! Ijazah Palsu!”
  • Gempar : Hotel Terbakar Di Mekah
  • Kemalangan : Pasangan Kekasih Maut Bertembung Mercedes Benz
  • Terkini : Tok Mat Hilang Kerusi DUN Rantau
  • Gempar! Temuan Mayat Reput Di Kawasan Paya Nipah

POPULAR

  • Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
    Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
  • Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
    Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
  • Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
    Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
  • Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
    Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
  • Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
    Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
  • ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
    ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
  • Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
    Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
  • Apalah Nasib Peneroka Seperti Kami....
    Apalah Nasib Peneroka Seperti Kami....
  • Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
    Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·