4 Rekaan Terbaru Tin Pepsi Terbaru
KUALA LUMPUR – Bagi menghargai setiap generasi peminat tegarnya di Malaysia, jenama minuman berperisa kola terkemuka dunia, Pepsi memperkenalkan rekaan tin ikonik terbaharu yang mewakili setiap generasi berbeza.
Rekaan tin yang dikeluarkan menerusi kempen ‘Meraikan Setiap Generasi’ merangkumi empat rekaan untuk tempoh 40 tahun mewakili tahun 40an, 50an, 60an dan 80an yang boleh didapati di kedai terpilih untuk jangka masa terhad.
Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., T. S. Santharuban berkata, kempen itu bertujuan meraikan setiap detik indah masa lampau di samping mewujudkan detik-detik baharu untuk hari ini dan masa depan dalam usaha mentakrifkan semula Pepsi sebagai minuman pilihan rakyat Malaysia.
Beliau berkata, orang ramai boleh mendapatkan setiap rekaan di kedai terpilih seperti Kedai Mesra Petronas, Shell Select, 7-Eleven dan pasar raya besar Tesco.
“Untuk jangka masa terhad, peminat boleh mendapatkan rekaan mewakili era berbeza iaitu 40an di Kedai Mesra Petronas, 50an di Shell Select dan 60an di 7-Eleven manakala pek empat tin istimewa Pepsi boleh didapati di pasar raya besar Tesco.
“Kempen Meraikan Setiap Generasi ini adalah bukti tepat kepada legasi Pepsi bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia. Sebagai sebuah jenama terkenal, kami mahu memperingati sejarah ini bersama rakyat Malaysia dan apa lagi cara terbaik selain membawa semula rekaan ikonik Pepsi.
“Saya yakin generasi muda masa kini juga akan dapat menghargai karya rekaan dengan inspirasi retro yang dikeluarkan Pepsi ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sempena kempen itu, Pepsi juga akan menjalankan Peraduan Retro Pepsi dengan kerjasama syarikat pakaian Pestle and Mortar selama sebulan bermula 15 Oktober lalu dan berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan termasuk 600 helai t-shirt Pepsi, 600 hoodies Pepsi, 600 topi Pepsi dan 1,000 unit gelas Pepsi dengan reka bentuk vintaj.
Santharuban berkata, peserta hanya perlu membeli mana-mana produk Pepsi dalam satu resit di cawangan kedai terpilih dan menjawab soalan mudah ke nombor yang diberikan menerusi aplikasi WhatsApp untuk memenangi hadiah eksklusif tersebut.
“Peserta juga perlu menyertakan butir-butir peribadi mereka dan gambar resit yang asli sebagai bukti pembelian. Peserta yang menghantar penyertaan terbanyak setiap hari akan menangi hadiah berkenaan.
“Peserta akan mendapat tiga penyertaan untuk setiap pembelian dua tin Pepsi Regular atau Pepsi Black 330 mililiter (ml) dan 320ml manakala dua penyertaan untuk satu botol Pepsi Regular 500ml atau Pepsi Black 400ml.
“Bagi pembelian satu botol Pepsi Regular atau Pepsi Black 1.5L, peserta akan mendapat satu penyertaan bagi peraduan berkenaan,” katanya.
Komentar