Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

PPBM Terlalu Lemah, Mahathir Harap UMNO Masuk PPBM

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada October 25, 2018, 11:30 am

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

PPBM Terlalu Lemah, Mahathir Harap UMNO Masuk PPBM

PPBM Terlalu Lemah, Mahathir Harap UMNO Masuk PPBM

KUALA LUMPUR  – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ditawarkan untuk menyertai UMNO kerana ramai ahli parti itu masih mempunyai rasa sayang dan menghormati Dr. Mahathir dengan tulus ikhlas.

Lagi pula kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, parti Bersatu pimpinan Dr. Mahathir pula lemah termasuk ada yang terpaksa dibubarkan seperti di Negeri Sembilan.

Berikut adalah kenyataan penuh Annuar:

Semalam YAB Tun Dr Mahathir Mohamad membuat gesaan supaya ahli UMNO menyertai PPBM. Satu pelawaan yang mungkin jujur saya kira, terutama dengan situasi cemas PPBM sekarang.

Namun Tun tentunya faham, ahli UMNO adalah orang Melayu yang amat setia dengan partinya. Inilah yang Tun tarbiyyah kepada kita.

Yang sering bermasaalah dalam UMNO adalah pemimpinnya, yang bertukar parti adalah pemimpinnya, yang berebut kuasa adalah pemimpinnya, yang rasuah adalah pemimpinnya, dan diseret ke mahkamah adalah pemimpinnya.

Justeru ahli UMNO redha hilang pemimpinnya, namun mereka tidak menukar partinya. UMNO punya 3.6 juta ahli, 22,000 cawangan di 191 bahagian. UMNO parti yang cukup berperaturan dan berdisiplin.

Mesyuarat UMNO dengan hampir 200,000 perwakilan berjalan aman, tiada tumbuk menumbuk, tiada kerusi berterbangan dan FRU tidak perlu dipanggil campur tangan.

Politik wang sudah dihapuskan dan kini politik wang menjadi amalan parti lain yang berhijrah dari UMNO. Amat sukar bagi ahli UMNO untuk menyertai PPBM.

Misalnya ahli UMNO di Negeri Sembilan, tentu sukar kerana PPBM di sana terpaksa dibubarkan.

Begitu juga di negeri-negeri lain di mana PPBM sangat lemah, terlalu kecil dan tiada sambutan daripada rakyat. Di kawasan-kawasan itu, PPBM ditolak oleh rakyat dan kalah dlm PRU yang lalu.

Kini, setelah banyak janji semasa PRU telah tidak tertunai, sudah pasti pengaruh PPBM semakin merosot lagi. Sangatlah merbahaya bagi ahli UMNO menyertai PPBM kerana PPBM tanpa Tun menjadi PM nanti, bakal lebih terhimpit lagi.

Presiden PPBM juga tersangat uzur walau kita mendoakan kesihatannya pulih. Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mengambil alih pentadbiran negara, dan Tun sudah tiada lagi, PPBM bakal bermasalah lebih parah lagi.

Justeru, walaupun lamaran dan pelawaan Tun kelihatan menggiurkan, terutama bagi Wakil Rakyat dan pemimpin yg kemaruk untuk mendapat kedudukan bersama dalam kerajaan, ia tidak menarik bagi majoriti ahli UMNO.

Sebaliknya, UMNO yang barangkali harus membuat tawaran balas iaitu menjemput Tun dan ahli PPBM untuk menyertai UMNO. Sesungguhnya amat ramai ahli UMNO, termasuk saya sendiri, amat sayang dan menghormati Tun dengan hati yang tulus ikhlas.

Kita berjuang bersama puluhan tahun, rebah berkali-kali membela Tun dan UMNO.

Tinggal lagi kita berpegang kuat pada ajaran Tun sendiri supaya kita jangan berpecah, kita jangan tinggalkan parti, kita jangan sokong atau tunduk kepada DAP dan sebagainya.

Perjuangan orang Melayu dan umat Islam serta rakyat Malaysia di bawah Tun akan menjadi lebih stabil, kuat dan berkesan apabila Tun diperkasakan melalui wadah parti UMNO dan bukannya PPBM.

In sya Allah, UMNO itu tidak akan mati.

Ini kerana UMNO bertapak di dalam roh dan sanubari orang Melayu.

Apa yang buruk, kita perbaiki bersama, in sya Allah. 

Umat Melayu dan Islam akan lebih bersyukur kiranya ini terjadi.

Sirih pulang ke gagang, belut pulang ke lumpur. – UTUSAN ONLINE

Incoming search terms:

  • ppbm bakal berpecah
  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: INFO, MALAYSIA

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Gempar! Syed Saddiq Dakwa Leher Di Cekak Exco Pemuda UMNO
  • Insiden Tembak Menembak, 7 Militan Mati
  • Sultan Johor Murka! Masjid Di Jadikan Tempat Politik
  • PRK Semenyih : Persaingan 4 Penjuru
  • Air Mata Saya Bukan Gimik! ”Salahkah Saya menangis?” – Salahuddin Ayob
  • Isu Flat Earth : Pandangan Serta Hujah PU Amin
  • “Menteri Tidak Perlulah Menangis, Tolong Selesaikan Masalah Petani”
  • Minuman Ringan Diet Meningkatkan Risiko Kematian
  • Gempar! Kapal Ocean Cooper 2 Tenggelam
  • Terkini : Harga Minyak Mingguan 16 Februari Hingga 22 Februari 2019

POPULAR

  • Terkini : Harga Minyak Mingguan 16 Februari Hingga 22 Februari 2019
    Terkini : Harga Minyak Mingguan 16 Februari Hingga 22 Februari 2019
  • DAP Tidak Teragak-Agak Tinggalkan PH - Lim Kit Siang
    DAP Tidak Teragak-Agak Tinggalkan PH - Lim Kit Siang
  • Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
    Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
  • George H.W. Bush Meninggal Dunia
    George H.W. Bush Meninggal Dunia
  • Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
    Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
  • Tak Usah Naik Gaji, Nanti Kos Semua Naik - Tun M
    Tak Usah Naik Gaji, Nanti Kos Semua Naik - Tun M
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
  • Roslan Hussin Menghembuskan Nafas Terakhir
    Roslan Hussin Menghembuskan Nafas Terakhir
  • Pujian Tun M Terhadap Rafizi Ramli
    Pujian Tun M Terhadap Rafizi Ramli
  • "Peguam Negara Cabut Lari Dari Lawan Najib"
    "Peguam Negara Cabut Lari Dari Lawan Najib"
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·