Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

Kad Subsidi Minyak Ron95 Bakal Di Perkenalkan

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada October 25, 2018, 2:27 pm

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Kad Subsidi Minyak Ron95 Bakal Di Perkenalkan

Kad Subsidi Minyak Ron95 Bakal Di Perkenalkan

 

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang meneliti pemberian kad subsidi petrol RON95 kepada golongan yang betul-betul layak sebagai mekanisme pelaksanaan subsidi petrol secara bersasar.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kaedah yang dikemukakan bagi melaksanakan cadangan tersebut adalah penerima yang layak perlu menunjukan kad tersebut sebelum mengisi minyak bagi membolehkan mereka menikmati subsidi petrol.

“Had penggunaan yang dibenarkan dan jenis sistem untuk membaca kad itu juga akan diteliti kerana kita ingin memastikan kaedah pelaksanaan berjalan secara licin dan lancar.

“Dasar baik kalau pelaksanaan kucar-kacir dan tumbang, hasilnya tak bagus. Kalau memberi subsidi ketika harga minyak naik pula akan membebankan kewangan kerajaan, jadi semua perkara ini harus diteliti,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, subsidi petrol merupakan fokus utama kementeriannya dalam usaha meringankan beban rakyat pada tahun hadapan namun perbincangan mengenai isu itu masih berjalan dan belum ke peringkat akhir lagi.

“Doakan supaya rundingan cepat dan saya sempat mencadangkan segera kepada Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) untuk masukkan dalam Bajet 2019 pada 2 November ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: EKONOMI

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Dari Beri Subsidi Petrol Bersasar, Baik Naikkan BRIM, Jadi Rakyat Boleh Berbelanja – Najib Razak
  • Keputusan Pusingan Kelima Piala FA
  • Zaidi Yusop Kartunis Hello Boss Meninggal Dunia
  • “Tolak, Tolak! Penipuan! Tolak, tolak! Ijazah Palsu!”
  • Gempar : Hotel Terbakar Di Mekah
  • Kemalangan : Pasangan Kekasih Maut Bertembung Mercedes Benz
  • Terkini : Tok Mat Hilang Kerusi DUN Rantau
  • Gempar! Temuan Mayat Reput Di Kawasan Paya Nipah
  • Isu Penggunaan Vaksin
  • 12 Ahli Sindiket Dadah Tumpas!

POPULAR

  • Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
    Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
  • Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
    Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
  • Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
    Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
  • Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
    Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
  • Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
    Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
  • ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
    ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
  • Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
    Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
  • Isu Kuil : 30 Individu Kembali Tunjukkan Bantahan
    Isu Kuil : 30 Individu Kembali Tunjukkan Bantahan
  • Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
    Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·