Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

Dolar Terus Meningkat Berbanding Ringgit

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada October 25, 2018, 11:56 am

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Dolar Terus Meningkat Berbanding Ringgit

Dolar Terus Meningkat Berbanding Ringgit

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan penyusutannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sewaktu dibuka hari ini susulan kekurangan permintaan serta ketegangan geopolitik yang ketara, kata peniaga.

Pada 9 pagi ini, unit tempatan itu berada pada paras 4.1660/1700 berbanding 4.1655/1675 pada Rabu.

Seorang peniaga berkata minat pelabur terhadap risiko terus berkurangan selain aktiviti jualan yang ketara di pasaran tukaran asing.

Ketua Perdagangan OANDA bagi Asia-Pasifik, Stephen Innes berkata sentimen di peringkat serantau juga ternyata lebih berhati-hati ekoran pertumbuhan ekonomi China yang lebih perlahan dan turut memberi kesan terhadap sentimen ekuiti tempatan.

“Dolar AS dijangka meneruskan kenaikan berbanding ringgit dan akan menguji tahap 4.18 dalam masa terdekat ini. Malah ia lebih cepat sekiranya harga minyak terus menurun,” kata Innes.

Bagaimanapun, berbanding mata wang utama lainnya, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0164/0204 daripada 3.0194/0215 pada Rabu namun berbanding yen Jepun, ia susut kepada 3.7210/7255 daripada 3.697/7012.

Selain itu, ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.3691/3755 daripada 5.3831/3865 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7517/7567 daripada 4.7549/7589. – BERNAMA

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: EKONOMI

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Terkini : Harga Minyak Mingguan 16 Februari Hingga 22 Februari 2019
  • Ngeri….Cebisan Daging Penunggang Motosikal Digilis Kontena
  • Kemalangan Ngeri Lori Kontena Terbalik Di Tanjung Malim
  • “Bumi Lebih Tepat, Berbentuk Geosfera” – Dr. Sheikh Muszaphar
  • Tenis : Keputusan Terbuka Rotterdam
  • Tragedi Serangan Berani Mati Di Kashmir, 44 Maut
  • Heret Kucing Guna Motor, Polis Buru Suspek Kedua
  • Suhu Panas 34 Hingga 36 Darjah Celsius Sehingga Mac Ini
  • Keputusan Liga Europa : Arsenal VS Bate Borisov
  • “Agak ‘old school’ Tapi Inilah Foto Majlis Graduasi Saya – Najib Razak

POPULAR

  • "Peguam Negara Cabut Lari Dari Lawan Najib"
    "Peguam Negara Cabut Lari Dari Lawan Najib"
  • Terkini : Harga Minyak Mingguan 16 Februari Hingga 22 Februari 2019
    Terkini : Harga Minyak Mingguan 16 Februari Hingga 22 Februari 2019
  • Peguam Mohd. Khairul Azam Persoalkan Benarkah Keputusan PRU14 Kemungkinan Di Batalkan
    Peguam Mohd. Khairul Azam Persoalkan Benarkah Keputusan PRU14 Kemungkinan Di Batalkan
  • Pujian Tun M Terhadap Rafizi Ramli
    Pujian Tun M Terhadap Rafizi Ramli
  • Teguran Daim, Dr. Mahathir Perlu Buat Perubahan
    Teguran Daim, Dr. Mahathir Perlu Buat Perubahan
  • Pasangan Berkhalwat Di Hotel Di Cekup
    Pasangan Berkhalwat Di Hotel Di Cekup
  • Roslan Hussin Menghembuskan Nafas Terakhir
    Roslan Hussin Menghembuskan Nafas Terakhir
  • Ahli-ahli UMNO Pergi Musnahlah - Tun Mahathir
    Ahli-ahli UMNO Pergi Musnahlah - Tun Mahathir
  • Muhammad Azizul Mati Akibat Jerutan Dan Di Pukul
    Muhammad Azizul Mati Akibat Jerutan Dan Di Pukul
  • 7 Jenis Kening Dan Apakah Maksud Tersiratnya
    7 Jenis Kening Dan Apakah Maksud Tersiratnya
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·