Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

Choong Hann Dilantik Sebagai Pengarah Kejurulatihan BAM

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada October 21, 2018, 8:42 am

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Choong Hann Dilantik Sebagai Pengarah Kejurulatihan BAM

Choong Hann Dilantik Sebagai Pengarah Kejurulatihan BAM

KUALA LUMPUR: Bekas pemain perseorangan badminton negara, Wong Choong Hann dilantik sebagai Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkuat kuasa 1 Jan 2019.

Perkara berkenaan diumumkan presiden badan induk badminton negara, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat agung luar biasa (EGM) BAM hari ini.

Mohamad Norza berkata BAM telah meneliti beberapa nama lain sebelum membuat keputusan berkenaan, selain melihat kepada kedudukan dari segi kewangan dan situasi semasa persatuan itu.

“Kita senarai pendek tiga calon. Akhirnya semua bersetuju melantik Choong Hann untuk jawatan berkenaan.

“Kita mencari pengarah kejurulatihan yang mampu menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran struktur latihan dan jurulatih sedia ada di BAM sekarang,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad Norza yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata sudah pasti percaturan BAM melantik Choong Hann adalah untuk persiapan skuad negara menghadapi Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

“Tugas utama beliau semestinya membantu skuad negara memburu pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik.

“Namun, untuk meletakkan KPI (Indeks Petunjuk Prestasi) itu, kita perlu duduk berbincang dengan beliau kerana saya percaya Choong Hann juga perlu melihat keadaan semasa dari segi prestasi pemain,” katanya.

Untuk rekod, banyak kejayaan diraih Choong Hann semasa bergelar pemain antaranya pingat perak Kejohanan Dunia 2003 di Birmingham, England; dua kali membantu skuad negara layak ke final Piala Thomas (1998 dan 2002) serta pernah menjadi pemain nombor satu dunia pada Ogos 2002 dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

— BERNAMA

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: SUKAN

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Dari Beri Subsidi Petrol Bersasar, Baik Naikkan BRIM, Jadi Rakyat Boleh Berbelanja – Najib Razak
  • Keputusan Pusingan Kelima Piala FA
  • Zaidi Yusop Kartunis Hello Boss Meninggal Dunia
  • “Tolak, Tolak! Penipuan! Tolak, tolak! Ijazah Palsu!”
  • Gempar : Hotel Terbakar Di Mekah
  • Kemalangan : Pasangan Kekasih Maut Bertembung Mercedes Benz
  • Terkini : Tok Mat Hilang Kerusi DUN Rantau
  • Gempar! Temuan Mayat Reput Di Kawasan Paya Nipah
  • Isu Penggunaan Vaksin
  • 12 Ahli Sindiket Dadah Tumpas!

POPULAR

  • Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
    Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
  • Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
    Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
  • Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
    Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
  • Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
    Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
  • Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
    Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
  • ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
    ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
  • Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
    Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
  • Isu Kuil : 30 Individu Kembali Tunjukkan Bantahan
    Isu Kuil : 30 Individu Kembali Tunjukkan Bantahan
  • Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
    Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·