Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

Berlainan Agama Untuk Bernikah Punca Gadis Di Sebat

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada October 8, 2018, 3:53 pm

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Berlainan Agama Untuk Bernikah Punca Gadis Di Sebat

Berlainan Agama Untuk Bernikah Punca Gadis Di Sebat

BIHAR, India – Seorang gadis beragama Islam diikat pada sebatang pokok dan disebat tanpa belas kasihan oleh penduduk kampung di negeri Bihar, India, awal minggu ini kerana dia cuba kahwin lari dengan remaja lelaki beragama Hindu, lapor akhbar Times of India kelmarin.

Gadis berumur 19 tahun itu yang merupakan anak perempuan seorang penduduk kampung berkenaan, Mohammad Farid Ansari, jatuh cinta kepada remaja lelaki tersebut semasa mereka belajar di sebuah sekolah tempatan.

Kampung tersebut, Jogia Maran terletak di daerah Nawada, selatan Bihar.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa gadis itu telah menghalang anak mereka pergi ke sekolah selepas mengetahui tentang hubungan cinta tersebut. Bagaimanapun, mangsa tetap berjumpa dengan kekasihnya.

Pada 30 September lalu, gadis itu melarikan diri bersama teman lelakinya tetapi ditemui semula tiga hari kemudian di sebuah kampung yang berjiran dengan Jogja Maran, namun remaja lelaki tersebut melarikan diri.

Gadis itu kemudian dibawa untuk diadili majlis timbang tara di kampung Jogja Maran.

“Mahkamah menganggap perkara tersebut amat serius dan mengarahkan supaya gadis itu disebat di hadapan khalayak,” kata beberapa saksi.

Mangsa disebat oleh penduduk kampung sehingga pengsan dan . dibiarkan terikat pada sebatang pokok selama lima jam sebelum polis tiba dan menyelamatkannya.

“Saya cintakan pemuda itu dan akan mengahwininya walau apapun yang berlaku. Saya tidak percaya pada kasta atau agama. Saya sudah berumur 19 tahun (dewasa) dan boleh memilih sesiapa jua untuk dikahwini,” tegasnya.

Sementara itu, polis berkata, pihaknya sedang menyiasat kes tersebut dan akan menangkap mereka yang disyaki terlibat. 
– Agensi

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: DUNIA, INFO

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Dari Beri Subsidi Petrol Bersasar, Baik Naikkan BRIM, Jadi Rakyat Boleh Berbelanja – Najib Razak
  • Keputusan Pusingan Kelima Piala FA
  • Zaidi Yusop Kartunis Hello Boss Meninggal Dunia
  • “Tolak, Tolak! Penipuan! Tolak, tolak! Ijazah Palsu!”
  • Gempar : Hotel Terbakar Di Mekah
  • Kemalangan : Pasangan Kekasih Maut Bertembung Mercedes Benz
  • Terkini : Tok Mat Hilang Kerusi DUN Rantau
  • Gempar! Temuan Mayat Reput Di Kawasan Paya Nipah
  • Isu Penggunaan Vaksin
  • 12 Ahli Sindiket Dadah Tumpas!

POPULAR

  • Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
    Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
  • Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
    Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
  • Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
    Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
  • Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
    Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
  • Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
    Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
  • ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
    ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
  • Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
    Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
  • Isu Kuil : 30 Individu Kembali Tunjukkan Bantahan
    Isu Kuil : 30 Individu Kembali Tunjukkan Bantahan
  • Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
    Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·