Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

Solidariti Datin Rosmah Mansor

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada October 4, 2018, 4:52 am

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Solidariti Datin Rosmah Mansor

Solidariti Datin Rosmah Mansor

PUTRAJAYA – Seramai 30 ahli Pemantau Malaysia Baru (PMB) berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tanda sokongan kepada isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang ditahan oleh agensi tersebut hari ini.

Presiden PMB, Datuk Lokman Noor Adam berkata, tindakan untuk mendakwa Rosmah adalah satu tindakan zalim daripada kerajaan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa beliau dan suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perompak harta rakyat.

“Saya ingin beritahu bahawa kita dapat makluman Rosmah tidak dibenarkan untuk di ikat jamin selepas didakwa di mahkamah dan arahan daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang didalangi Amerika Syarikat supaya kadar ikat jamin mestilah yang paling tinggi supaya tidak dapat dibayar dan terpaksa tinggal di Penjara Sungai Buloh,” katanya ketika berucap pada perhimpunan Solidariti4KakRos di sini malam tadi.

Turut hadir pada perhimpunan tersebut ialah pelakon, Elly Suriati dan penyokong-penyokong pertubuhan bukan kerajaan itu yang memakai baju berwarna jingga kelihatan sama seperti baju lokap SPRM.

Terdahulu, Rosmah bakal dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pukul 8 pagi hari ini untuk berhadapan dengan beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh SPRM, penahanan itu dibuat selepas siasatan berhubung pengubahan wang haram itu telah selesai dan mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Kali terakhir Rosmah hadir ke ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan ialah pada 26 September lalu dan disoal siasat hampir 13 jam.

Kali pertama Rosmah dipanggil memberi keterangan kepada SPRM ialah pada 5 Jun lalu dan disoal siasat lebih lima jam.

Sebelum ini, media melaporkan Rosmah mungkin berdepan sehingga 20 pertuduhan jenayah yang kebanyakannya membabitkan penggubahan wang haram. – K! ONLINE

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: INFO, MALAYSIA

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Terkini : Harga Minyak Mingguan 16 Februari Hingga 22 Februari 2019
  • Ngeri….Cebisan Daging Penunggang Motosikal Digilis Kontena
  • Kemalangan Ngeri Lori Kontena Terbalik Di Tanjung Malim
  • “Bumi Lebih Tepat, Berbentuk Geosfera” – Dr. Sheikh Muszaphar
  • Tenis : Keputusan Terbuka Rotterdam
  • Tragedi Serangan Berani Mati Di Kashmir, 44 Maut
  • Heret Kucing Guna Motor, Polis Buru Suspek Kedua
  • Suhu Panas 34 Hingga 36 Darjah Celsius Sehingga Mac Ini
  • Keputusan Liga Europa : Arsenal VS Bate Borisov
  • “Agak ‘old school’ Tapi Inilah Foto Majlis Graduasi Saya – Najib Razak

POPULAR

  • "Peguam Negara Cabut Lari Dari Lawan Najib"
    "Peguam Negara Cabut Lari Dari Lawan Najib"
  • Terkini : Harga Minyak Mingguan 16 Februari Hingga 22 Februari 2019
    Terkini : Harga Minyak Mingguan 16 Februari Hingga 22 Februari 2019
  • Peguam Mohd. Khairul Azam Persoalkan Benarkah Keputusan PRU14 Kemungkinan Di Batalkan
    Peguam Mohd. Khairul Azam Persoalkan Benarkah Keputusan PRU14 Kemungkinan Di Batalkan
  • Pujian Tun M Terhadap Rafizi Ramli
    Pujian Tun M Terhadap Rafizi Ramli
  • Teguran Daim, Dr. Mahathir Perlu Buat Perubahan
    Teguran Daim, Dr. Mahathir Perlu Buat Perubahan
  • Pasangan Berkhalwat Di Hotel Di Cekup
    Pasangan Berkhalwat Di Hotel Di Cekup
  • Roslan Hussin Menghembuskan Nafas Terakhir
    Roslan Hussin Menghembuskan Nafas Terakhir
  • Ahli-ahli UMNO Pergi Musnahlah - Tun Mahathir
    Ahli-ahli UMNO Pergi Musnahlah - Tun Mahathir
  • Muhammad Azizul Mati Akibat Jerutan Dan Di Pukul
    Muhammad Azizul Mati Akibat Jerutan Dan Di Pukul
  • 7 Jenis Kening Dan Apakah Maksud Tersiratnya
    7 Jenis Kening Dan Apakah Maksud Tersiratnya
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·