Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

Ciri-Ciri Serta Pelancaran Kapal Alkahfi Care

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada September 24, 2018, 6:11 am

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Ciri-Ciri Serta Pelancaran Kapal Alkahfi Care

Ciri-Ciri Serta Pelancaran Kapal Alkahfi Care

KEMAMAN – Syarikat pembekalan peralatan dan jentera pelantar minyak, Alkahfi Lestari Oil & Gas Sdn. Bhd. (Alkahfi) melancarkan kapal pengangkut pekerja pelantar bersaiz sederhana bertaraf eksklusif yang bernilai RM20 juta.

Ketua Pengawai Eksekutifnya, Mohd. Nazri Mohd. Zain berkata, kapal Alkahfi Care sepanjang 42 meter itu merupakan antara terpantas dan paling selesa untuk industri minyak dan gas pesisir pantai di negara ini.

Beliau berkata, kapal tersebut yang sepanjang 42 meter memiliki 1,000 tempat duduk termasuk 80 daripadanya dalam kelas perniagaan.

“Ia mampu mengangkut pekerja ke pelantar minyak yang terletak di pesisir pantai dengan kelajuan maksimum 30 knot berbanding hanya 25 knot bagi kapal-kapal pengangkut lain yang ada setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas me­lancarkan kapal Alkahfi Care di Pangkalan Bekalan Kemaman dekat sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi Alkahfi, Kamal Affandi Hasan.

Mohd. Nazri berkata, Alkahfi Care turut mempunyai 12 bilik penginapan anak kapal dan dek kargo seluas 110 meter persegi.

Menurut beliau, ia turut memiliki televisyen litar tertutup hampir di setiap bahagian dalam dan luar kapal, peralatan kebakaran serta mencari serta menyelamat.

“Kapal tersebut dari jenis Flex-42X juga satu-satunya kapal pengangkut bersaiz sederhana di dunia yang memperoleh pasport hijau atau pengiktirafan untuk kapal yang memiliki ciri-ciri ke­selamatan ditetapkan dalam kelasnya,” jelasnya.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: EKONOMI

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Pacuan Empat Roda Rempuh Penunggang Motosikal Di Bawah Jejantas
  • 19 Tahun Menghilang, Mayat Jasmina Dominic Di Temui Dalam Peti Sejuk
  • Tragis! Perjalanan Pergi Sekolah Bertukar Maut
  • BERSATU Gerik Bubar Jawatankuasa Bahagian
  • Syarat BSH ‘Tidak Masuk Akal’, Rintihan Warga Emas
  • Dari Beri Subsidi Petrol Bersasar, Baik Naikkan BRIM, Jadi Rakyat Boleh Berbelanja – Najib Razak
  • Keputusan Pusingan Kelima Piala FA
  • Zaidi Yusop Kartunis Hello Boss Meninggal Dunia
  • “Tolak, Tolak! Penipuan! Tolak, tolak! Ijazah Palsu!”
  • Gempar : Hotel Terbakar Di Mekah

POPULAR

  • Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
    Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
  • Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
    Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
  • Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
    Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
  • Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
    Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
  • Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
    Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
  • ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
    ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
  • Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
    Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
  • Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
    Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
  • Apalah Nasib Peneroka Seperti Kami....
    Apalah Nasib Peneroka Seperti Kami....
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·