Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

8 Negara Kecam Tindakan Israel Di Palestin

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada September 22, 2018, 7:02 am

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

8 Negara Kecam Tindakan Israel Di Palestin

8 Negara Kecam Tindakan Israel Di Palestin

NEW YORK – Sebanyak lapan negara Eropah di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk lima anggota Majlis Keselamatan badan dunia itu menggesa Israel supaya me­ngubah keputusannya untuk memusnahkan sebuah kampung Palestin di Tebing Barat.

Britain, Perancis, Jerman, Itali, Sweden, Poland dan Belanda memberi amaran kemusnahan Kampung Khan al-Ahmar akan mengancam ke­langsungan rancangan penyelesaian dua negara yang dicadangkan sebelum ini.

“Kami dengan ini meminta pihak berkuasa Israel supaya mempertimbangkan semula keputusan mereka memusnahkan Khan al-Ahmar,” tegas negara-negara itu dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan menjelang mesyuarat Asia Barat.

Pada 5 September lalu, Mah­kamah Agung Israel me­nge­kalkan arahan untuk memusnahkan kampung itu atas sebab dibina tanpa permit.

Komuniti itu dihuni kira-kira 200 orang penduduk dan terletak di lokasi strategik berhampiran penempatan haram Yahudi dan di sepanjang jalan menuju Laut Mati.

Terdapat amaran bahawa pembinaan penempatan haram Yahudi berterusan di kawasan itu akan memisahkan Tebing Barat kepada dua dan me­ngasingkannya daripada Bai­tulmuqaddis.

Ini sekali gus memusnahkan impian untuk membentuk sebuah negara masa depan Palestin. – AFP

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: DUNIA, INFO

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Pacuan Empat Roda Rempuh Penunggang Motosikal Di Bawah Jejantas
  • 19 Tahun Menghilang, Mayat Jasmina Dominic Di Temui Dalam Peti Sejuk
  • Tragis! Perjalanan Pergi Sekolah Bertukar Maut
  • BERSATU Gerik Bubar Jawatankuasa Bahagian
  • Syarat BSH ‘Tidak Masuk Akal’, Rintihan Warga Emas
  • Dari Beri Subsidi Petrol Bersasar, Baik Naikkan BRIM, Jadi Rakyat Boleh Berbelanja – Najib Razak
  • Keputusan Pusingan Kelima Piala FA
  • Zaidi Yusop Kartunis Hello Boss Meninggal Dunia
  • “Tolak, Tolak! Penipuan! Tolak, tolak! Ijazah Palsu!”
  • Gempar : Hotel Terbakar Di Mekah

POPULAR

  • Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
    Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
  • Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
    Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
  • Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
    Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
  • Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
    Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
  • Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
    Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
  • ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
    ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
  • Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
    Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
  • Apalah Nasib Peneroka Seperti Kami....
    Apalah Nasib Peneroka Seperti Kami....
  • Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
    Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·