Awas! Maut Di Sebabkan Keracunan Metanol
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 19 mangsa disyaki maut akibat keracunan metanol setakat pukul 5 petang tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya menerima notifikasi bagi 51 kes keracunan metanol, masing-masing 45 kes di Selangor dan enam kes di Kuala Lumpur dengan tiga mangsa terdiri daripada rakyat tempatan dan 48 mangsa dari Myanmar, Nepal, Bangladesh dan India.
Beliau berkata, selain 19 kematian yang dicatat, 14 pesakit kini dalam keadaan kritikal, sembilan pesakit dimasukkan ke wad untuk rawatan dan pemerhatian manakala sembilan individu dibenarkan pulang setelah menjalani rawatan.
“Jumlah kes dijangka meningkat apabila lebih ramai pesakit datang mendapatkan rawatan bagi kes keracunan metanol,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Beliau berkata, pesakit menunjukkan tanda-tanda dan gejala keracunan metanol seperti sakit perut, loya, muntah, sakit kepala, kabur penglihatan dan ada yang mengalami sesak nafas, kekejangan dan tidak sedarkan diri. – Bernama
Komentar