Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

Ciri-Ciri Telefon Bimbit Pintar Alcatel 5V

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada September 15, 2018, 10:36 am

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Ciri-Ciri Telefon Bimbit Pintar Alcatel 5V

Ciri-Ciri Telefon Bimbit Pintar Alcatel 5V

Lama tidak mendengar jenama telefon bimbit, Alcatel. Namun baru-baru ini, syarikat jenama Perancis itu kembali bersaing secara sihat di pasaran apabila muncul dengan telefon bimbit pintar Alcatel 5V pada harga yang amat berpatutan.

Kemunculannya yang dilengkapi dengan ciri-ciri mewah serta kelebihan skrin penuh nisbah 19:9 selain penggunaan teknologi yang dikuasakan oleh kepintaran buatan (AI) bagi memberi hasil fotografi yang sempurna.

Menurut Pengurus Negara, Alcatel Malaysia, K.L Kong, peranti berkenaan dicipta khas bagi pengguna moden yang mementingkan penampilan dan keselesaan dalam kehidupan harian.

Justeru itu, telefon bimbit pintar itu dilengkapi kamera berkembar dan ciri keselamatan seperti pengesan muka untuk membuka kunci telefon bimbit.

“Skrin penuh turut memenangi anugerah TCL dalam penghasilan teknologi paparan dan keupayaan pembuatan.

“Alcatel merupakan jenama pertama yang menyediakan paparan bersaiz nisbah 18:9 dalam variasi produknya, sementara Alcatel 5V merupakan sorotan siri yang ditambah baik sehingga paparan penuh 19:9,” katanya.

Telefon pintar itu juga amat mudah dipegang dan mudah dimuatkan di dalam poket seluar kerana amat nipis serta dilengkapi rekaan kurang ‘bezel’.

Kelebihan itu juga membolehkan pengguna menikmati pengalaman terbaik ketika bermain permainan video, menonton filem atau melayari media sosial dengan keluasan skrin penuh.

Selain itu, Alcatel 5V juga dilengkapi Lensa Google yang memudahkan akses kepada kamera dan Google Assistant.

“Lensa Google memudahkan pengguna mencari maklumat mengenai apa yang mereka lihat, memudah dan mempercepat urusan dan interaksi dengan masyarakat dunia. Selain itu, ia juga boleh mencari produk dalam talian, salin dan tampal perkataan, mempelajari tentang mercu tanda dan sebagainya,” jelasnya.

Selain Alcatel 5V, turut boleh didapati Alactel 3L dan Alcatel 1 di pasaran bermula 29 Ogos lalu pada harga masing-masing RM498 dan RM298 sebelum cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dilaksanakan. – AQILAH MIOR KAMARULBAID

SPESIFIKASI

Sistem operasi : Android 8.1 (Oreo)
Saiz : 153.7 x 74.5 x 8.5 mm
Berat : 158 g
Bateri : 4,000 mAh
Kamera depan : 12 MP + 2 MP
Kamera belakang : 8 MP
Radio : Radio FM
Memori dan simpnan: 32 GB, 3 RAM boleh sehingga 128 GB
Warna : Hitam, biru

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: INFO, TEKNOLOGI

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Gempar : Hotel Terbakar Di Mekah
  • Kemalangan : Pasangan Kekasih Maut Bertembung Mercedes Benz
  • Terkini : Tok Mat Hilang Kerusi DUN Rantau
  • Gempar! Temuan Mayat Reput Di Kawasan Paya Nipah
  • Isu Penggunaan Vaksin
  • 12 Ahli Sindiket Dadah Tumpas!
  • Palm Fiber Bakal Hasilkan Minuman EG Fiber Berasaskan Batang Sawit
  • Camry Serba Baharu Mencatatkan Skor 91.47 Mata Dalam ASEAN NCAP
  • Apa Itu Aplikasi E-Hailing Faszz
  • Jual Air 3 Sen Pada Singapura Sudah Tidak Munasabah , Sepatutnya Jual 10 Kali Ganda

POPULAR

  • Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
    Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
  • Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
    Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
  • Senarai  Baru Senator & Ahli Parlimen Sertai Bersatu
    Senarai Baru Senator & Ahli Parlimen Sertai Bersatu
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
  • Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
    Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
  • 3 ADUN Johor Sertai Bersatu
    3 ADUN Johor Sertai Bersatu
  • Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
    Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
  • Teguran Daim, Dr. Mahathir Perlu Buat Perubahan
    Teguran Daim, Dr. Mahathir Perlu Buat Perubahan
  • ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
    ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
  • Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
    Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·