Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

BMW 5 Series Hybrid Kenderaan Rasmi TNB CEPSI 2018

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada September 14, 2018, 6:18 am

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

BMW 5 Series Hybrid Kenderaan Rasmi TNB CEPSI 2018

BMW 5 Series Hybrid Kenderaan Rasmi TNB CEPSI 2018

BMW Group Malaysia menyerahkan BMW 5 Series Hybrid berteknologi eDrive kepada Tenaga Nasional Bhd. (TNB) untuk digunakan dalam Persidangan Industri Bekalan Tenaga Elektrik (CEPSI) 2018.

Kenderaan tersebut akan digunakan sebagai kereta rasmi persidangan itu yang akan berlangsung dari 17 hingga 22 September ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, dengan BMW sebagai rakan rasmi e-Mobiliti.

Kereta terbabit diserahkan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Malaysia, Harald Hoelzl kepada Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Roslan Ab. Rahman.

Mengulas mengenai kerjasama dengan TNB dan CEPSI 2018 itu Hoelzl berkata, ia mencerminkan usaha BMW Malaysia untuk menjadi rakan kongsi utama dalam mentransformasikan industri elektro mobiliti tempatan dan cita-cita negara dalam pembangunan mapan.

“Kami sedia bertukar kepakaran dan pandangan bersama pakar terkemuka dalam industri, selain mendapatkan lebih pengetahuan daripada pemimpin di CEPSI untuk membentuk Malaysia yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

CEPSI merupakan persidangan dan pameran industri pembekalan elektrik paling penting dan berprestij di Asia Timur dan rantau Pasifik Barat di bawah selian Persatuan Industri Pembekalan Elektrik Asia Timur dan Pasifik Barat (AESIEAP).

Bertemakan ‘Membayangkan semula Utiliti Masa Hadapan’, persidangan itu akan menumpukan kepada senario semasa bagaimana industri pembekalan elektrik mengalami transformasi ekoran kemunculan dan penggabungan akibat gangguan teknologi, perubahan ekonomi, ke­perluan kemapanan dan peraturan yang berubah pesat, serta pertambahan jangkaan pelanggan.

Dalam pada itu Roslan berkata, kereta-kereta yang ditaja oleh BMW itu akan digunakan untuk mengangkut VVIP dan Ahli Majlis Eksekutif AESIEAP sepanjang persidangan selama lima hari terbabit.

“Kerjasama mobiliti adalah tepat pada masanya ketika kenderaan elektrik (EV) menjana revolusi perubahan dalam pengangkutan di seluruh dunia.

“TNB melalui anak syarikat milik penuh kami, TNB Energy Services Sdn. Bhd. bekerjasama dengan Malaysian Green Techno­logy Corporation untuk menyampaikan perkhidmatan bersepadu kepada pemilik EV di Malaysia,” jelasnya.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: INFO, MALAYSIA

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Pacuan Empat Roda Rempuh Penunggang Motosikal Di Bawah Jejantas
  • 19 Tahun Menghilang, Mayat Jasmina Dominic Di Temui Dalam Peti Sejuk
  • Tragis! Perjalanan Pergi Sekolah Bertukar Maut
  • BERSATU Gerik Bubar Jawatankuasa Bahagian
  • Syarat BSH ‘Tidak Masuk Akal’, Rintihan Warga Emas
  • Dari Beri Subsidi Petrol Bersasar, Baik Naikkan BRIM, Jadi Rakyat Boleh Berbelanja – Najib Razak
  • Keputusan Pusingan Kelima Piala FA
  • Zaidi Yusop Kartunis Hello Boss Meninggal Dunia
  • “Tolak, Tolak! Penipuan! Tolak, tolak! Ijazah Palsu!”
  • Gempar : Hotel Terbakar Di Mekah

POPULAR

  • Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
    Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
  • Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
    Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
  • Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
    Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
  • Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
    Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
  • Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
    Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
  • ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
    ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
  • Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
    Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
  • Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
    Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
  • Apalah Nasib Peneroka Seperti Kami....
    Apalah Nasib Peneroka Seperti Kami....
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·