Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

Bidasan Terbuka Di Instagram Ras Adiba Kepada Fuziah Salleh

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada August 15, 2018, 11:24 am

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Bidasan Terbuka Di Instagram Ras Adiba Kepada Fuziah Salleh

Bidasan Terbuka Di Instagram Ras Adiba Kepada Fuziah Salleh

PERSONALITI televisyen Ras Adiba Radzi membantah saranan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh yang membenarkan komuniti transgender menggunakan tandas Orang Kelainan Upaya (OKU).

Dia yang juga Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral menegaskan kemudahan tersebut disediakan khas untuk golongan yang tidak berupaya.

“Saya sebagai Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral ingin menyampaikan bantahan kami di atas saranan YB untuk membenarkan LGBT menggunakan tandas kami

“Maaf kami sebulat suara tidak setuju. Ini adalah hak kami, kenapa perlu kami kongsi dengan mereka yang berupaya?” ujarnya di Instagram.

Bidasan Terbuka Di Instagram Ras Adiba Kepada Fuziah Salleh

Pada Isnin lalu, Fuziah Salleh menyarankan komuniti transgender agar menggunakan tandas yang dikhaskan untuk OKU buat sementara waktu sebelum mereka diterima sepenuhnya oleh masyarakat.

Beliau berkata, langkah sementara itu adalah penyelesaian terbaik selepas mengambil kira perasaan segelintir wanita yang berasa tidak selamat apabila golongan transgender menggunakan tandas wanita.

Dalam pada itu, Ras Adiba berkata, kemudahan itu sering disalahgunakan oleh masyarakat tidak bertanggungjawab, malah turut dijadikan tempat merokok dan stor.

“Tahukah YB bahawa tandas kami sering disalahgunakan orang bukan OKU, juga untuk merokok, dijadikan bilik stor atau tempat rehat pekerja pembersihan.

“Kami sudah sekian lama melalui keadaan sebegini, mengapalah YB ingin mencadangkan sebegitu?” soalnya.

Tambahnya, dia meminta pihak tersebut membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan yang boleh memberi kesan kepada masyarakat.

“Saya pohon YB sebagai seorang Menteri meminta maaf kepada komuniti OKU di Malaysia, kerana tindakan YB ini membuat saya dan sahabat-sahabat OKU semua marah.

“Pohon berfikir dahulu dan hormati perasaan kami sebelum melulu memberikan cadangan tanpa tahu menahu akan hak kami,” ujarnya.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: INFO, MALAYSIA

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Gempar! Syed Saddiq Dakwa Leher Di Cekak Exco Pemuda UMNO
  • Insiden Tembak Menembak, 7 Militan Mati
  • Sultan Johor Murka! Masjid Di Jadikan Tempat Politik
  • PRK Semenyih : Persaingan 4 Penjuru
  • Air Mata Saya Bukan Gimik! ”Salahkah Saya menangis?” – Salahuddin Ayob
  • Isu Flat Earth : Pandangan Serta Hujah PU Amin
  • “Menteri Tidak Perlulah Menangis, Tolong Selesaikan Masalah Petani”
  • Minuman Ringan Diet Meningkatkan Risiko Kematian
  • Gempar! Kapal Ocean Cooper 2 Tenggelam
  • Terkini : Harga Minyak Mingguan 16 Februari Hingga 22 Februari 2019

POPULAR

  • Terkini : Harga Minyak Mingguan 16 Februari Hingga 22 Februari 2019
    Terkini : Harga Minyak Mingguan 16 Februari Hingga 22 Februari 2019
  • DAP Tidak Teragak-Agak Tinggalkan PH - Lim Kit Siang
    DAP Tidak Teragak-Agak Tinggalkan PH - Lim Kit Siang
  • Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
    Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
  • George H.W. Bush Meninggal Dunia
    George H.W. Bush Meninggal Dunia
  • Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
    Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
  • Tak Usah Naik Gaji, Nanti Kos Semua Naik - Tun M
    Tak Usah Naik Gaji, Nanti Kos Semua Naik - Tun M
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
  • Roslan Hussin Menghembuskan Nafas Terakhir
    Roslan Hussin Menghembuskan Nafas Terakhir
  • Pujian Tun M Terhadap Rafizi Ramli
    Pujian Tun M Terhadap Rafizi Ramli
  • "Peguam Negara Cabut Lari Dari Lawan Najib"
    "Peguam Negara Cabut Lari Dari Lawan Najib"
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·