Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

Wabak Kes Beguk Tular Di Besut

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada August 13, 2018, 6:13 am

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Wabak Kes Beguk Tular Di Besut

Wabak Kes Beguk Tular Di Besut

BESUT – Pondok Moden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Besut di Kampung Padang Landak, Jertih di sini terpaksa ditutup selama empat hari bermula esok berikutan penularan penyakit beguk melibatkan pelajar sekolah berkenaan.

Pengetuanya, Jusoh Mat berkata, langkah itu terpaksa diambil selepas lebih 20 pelajar lelaki sekolah agama berkonsep madrasah moden kelolaan kerajaan negeri Terengganu itu disahkan dijangkiti virus beguk dalam tempoh seminggu.

“Kesemua 450 pelajar termasuk 150 pelajar perempuan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bagi langkah pencegahan penularan penyakit beguk terbabit. Langkah ini diambil selepas mendapat syor daripada Pejabat Kesihatan Daerah Besut.

“Siasatan awal mendapati penyakit ini berpunca daripada seorang pelajar lelaki dijangkiti virus itu selepas melawat bapa saudaranya yang menghidap beguk di Kota Bahru, Kelantan pada hujung bulan lalu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Jusoh berkata, virus beguk tersebut kemudiannya merebak dalam kalangan pelajar lelaki yang tinggal di asrama sekolah dipercayai kerana pengkongsian gelas minuman.

Menurut beliau, penyakit beguk itu hanya disedari selepas lebih 20 pelajar lelaki sekolah agama itu mengalami keperitan pada bahagian lidah sebelum kelenjar parotid mereka membengkak sejak seminggu lalu. – K! ONLINE

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: INFO, MALAYSIA

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Kerajaan Akan Tumbang Jika Gagal Mengotakan Janji – Tun Mahathir
  • Suhaimi Saad Disingkirkan Dalam Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM
  • “Rafizi Kata Perbuatan Bersatu Macam Kerja Kutip Sampah”, Abdul Rahim
  • BMW Hangus 100%, Pemandu Rentung Sukar Di Kenalpasti
  • Micro Sleep : Kenali Simptom Serta Cara Atasinya
  • Gerun! Kala Jengking Dalam Pesawat!
  • KDN Pantau Modus Operandi Jual Al-Quran Online
  • Piala FA : Keputusan Suku Akhir City vs Newport County
  • Pengumuman Kadar Dividen KWSP 2018
  • Gempar! Syed Saddiq Dakwa Leher Di Cekak Exco Pemuda UMNO

POPULAR

  • Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
    Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
  • Terkini : Harga Minyak Mingguan 16 Februari Hingga 22 Februari 2019
    Terkini : Harga Minyak Mingguan 16 Februari Hingga 22 Februari 2019
  • Senarai  Baru Senator & Ahli Parlimen Sertai Bersatu
    Senarai Baru Senator & Ahli Parlimen Sertai Bersatu
  • DAP Tidak Teragak-Agak Tinggalkan PH - Lim Kit Siang
    DAP Tidak Teragak-Agak Tinggalkan PH - Lim Kit Siang
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
  • 3 ADUN Johor Sertai Bersatu
    3 ADUN Johor Sertai Bersatu
  • George H.W. Bush Meninggal Dunia
    George H.W. Bush Meninggal Dunia
  • Teguran Daim, Dr. Mahathir Perlu Buat Perubahan
    Teguran Daim, Dr. Mahathir Perlu Buat Perubahan
  • Tak Usah Naik Gaji, Nanti Kos Semua Naik - Tun M
    Tak Usah Naik Gaji, Nanti Kos Semua Naik - Tun M
  • Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
    Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·