Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

Tragedi Hilux Berundur Dan Terbalik Dua Kali Ketika Naiki Bukit

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada August 11, 2018, 3:20 pm

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Tragedi Hilux Berundur Dan Terbalik Dua Kali Ketika Naiki Bukit

Tragedi Hilux Berundur Dan Terbalik Dua Kali Ketika Naiki Bukit

KOTA MARUDU – Seorang wanita parah manakala 16 individu termasuk pemandu cedera ringan selepas pacuan empat roda yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sendiri di Jalan Gana, Kampung Piso di sini hari ini.

Dalam kejadian lebih kurang pukul 9 pagi tersebut, mangsa, Juwina Majuri berusia 43 tahun cedera parah pada bahagian kepala.

Sementara itu, seramai 15 penumpang berusia antara tiga hingga 60 tahun dan pemandu, 47, pula dilaporkan mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superitendan Izaan Abdullah berkata, sebelum insiden pacuan empat roda jenis Toyota Hilux terbabit dalam perjalanan dari Pitas menuju ke Kampung Hans dekat sini.

“Sebaik tiba di kawasan Kampung Piso ketika menaiki bukit secara tiba-tiba kenderaan tersebut dikatakan berundur lalu terbalik sebanyak dua kali.

“Hasil pemeriksaan awal, Toyota Hilux itu dinaiki seramai 17 orang termasuk pemandu ahli Gereja Anglikan Dandun,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambah Izaan, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan berkenaan.

Dimaklumkan, mangsa parah akan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah memberitahu, seramai tujuh anggota dan sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.17 pagi. – K! ONLINE

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: INFO, MALAYSIA

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Kerajaan Akan Tumbang Jika Gagal Mengotakan Janji – Tun Mahathir
  • Suhaimi Saad Disingkirkan Dalam Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM
  • “Rafizi Kata Perbuatan Bersatu Macam Kerja Kutip Sampah”, Abdul Rahim
  • BMW Hangus 100%, Pemandu Rentung Sukar Di Kenalpasti
  • Micro Sleep : Kenali Simptom Serta Cara Atasinya
  • Gerun! Kala Jengking Dalam Pesawat!
  • KDN Pantau Modus Operandi Jual Al-Quran Online
  • Piala FA : Keputusan Suku Akhir City vs Newport County
  • Pengumuman Kadar Dividen KWSP 2018
  • Gempar! Syed Saddiq Dakwa Leher Di Cekak Exco Pemuda UMNO

POPULAR

  • Terkini : Harga Minyak Mingguan 16 Februari Hingga 22 Februari 2019
    Terkini : Harga Minyak Mingguan 16 Februari Hingga 22 Februari 2019
  • Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
    Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
  • DAP Tidak Teragak-Agak Tinggalkan PH - Lim Kit Siang
    DAP Tidak Teragak-Agak Tinggalkan PH - Lim Kit Siang
  • Senarai  Baru Senator & Ahli Parlimen Sertai Bersatu
    Senarai Baru Senator & Ahli Parlimen Sertai Bersatu
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
  • George H.W. Bush Meninggal Dunia
    George H.W. Bush Meninggal Dunia
  • Teguran Daim, Dr. Mahathir Perlu Buat Perubahan
    Teguran Daim, Dr. Mahathir Perlu Buat Perubahan
  • Tak Usah Naik Gaji, Nanti Kos Semua Naik - Tun M
    Tak Usah Naik Gaji, Nanti Kos Semua Naik - Tun M
  • 3 ADUN Johor Sertai Bersatu
    3 ADUN Johor Sertai Bersatu
  • Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
    Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·