Mustapa berkata, jawatan tersebut diwujudkan sejak lebih 20 tahun lalu bagi memperkasa agenda dakwah di Kelantan, khususnya dalam memantapkan pengajian al-Quran dalam kalangan masyarakat.

“Kumpulan tersebut sebenarnya merupakan guru-guru yang mengajar al-Quran di kampung-kampung. Kita khuatir kegiatan dakwah di negeri ini mungkin terencat selepas ini.

“Nama sahaja penggerak masyarakat, tetapi tugas sebenar mereka ialah ajar mengaji di kampung-kampung lima kali seminggu. Elaun diterima pula cuma RM400 sebulan. Itu pun sudah di bawah paras kemiskinan. Apabila ditamatkan kontrak, mereka mungkin terpaksa memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Ihya Ramadan dan berbuka puasa Badan Perhubungan UMNO Kelantan dengan kerjasama Majlis Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan di Pejabat UMNO negeri, di sini hari ini.

Pada majlis sama, UMNO Kelantan turut mengadakan solat hajat memohon Allah SWT mempermudahkan urusan termasuk melembutkan hati kerajaan PH supaya menarik semula keputusan itu. – K! ONLINE.

sumber