Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

Latar Belakang YB Dr Maszlee Menteri Pendidikan Terkini

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada May 19, 2018, 4:08 pm

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Latar Belakang YB Dr Maszlee Menteri Pendidikan Terkini

Latar Belakang YB Dr Maszlee Menteri Pendidikan Terkini

Semalam secara rasminya, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir mengumumkan Menteri Pendidikan yang baru iaitu Dr Maszlee Malik. Ramai yang setuju dengan pelantikan itu kerana beliau merupakan seorang yang berilmu tinggi. Jadi, tidak hairanlah kalau Tun M memilih beliau.

Kami kongsikan sedikit dengan korang biodata dan kejayaan yang dicapai oleh Dr Maszlee Malik sepanjang kariernya.

Biodata Dr Maszlee

Mewakili Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), YB Dr Maszlee Malik yang berusia 44 tahun ini merupakan Ahli Parlimen P151 Simpang Renggam. Anak jati Johor ini mendapat mendapat pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (STAR) (2) dan kemudiannya menyambung pengajiannya ke Maktab Sultan Abu Bakar (English College).

Pada tahun 1989, beliau kemudiannya telah menyertai Madrasah al-Quran Waddin dan seterusnya ke Maahad Johor.

Lulusan luar negara

Setelah itu, beliau menyambung pengajian ilmunya ke Jordan sehingga berjaya mendapatkan ijazah sarjana muda dari Universiti Al al-Bayt, Jordan dan kemudiannya meneruskan pengajian peringkat ijazah sarjana di Universiti Malaya. Kedua-duanya dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh

Pada tahun 2007, Dr Maszlee melanjutkan pula pelajaran di School of Governments and International Affairs (SGIA) di University of Durham, England dan dikurniakan ijazah kedoktoran dalam bidang Good Governance pada tahun 2011.

Kejayaan beliau

Bermula 2000, Dr Maszlee menyertai barisan kepimpinan pendidik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan bertugas sebagai pensyarah kanan di Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh di Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan.

Beliau juga sangat aktif dan terlibat secara langsung dengan pertubuhan-pertubuhan seperti berikut :

1. Ahli Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID)

2. Penasihat ahli lembaga kepada beberapa NGO dan badan pendidikan seperti

– Teaching for the Needs (TFTN)

– Pusat Pendidikan Downsyndrome Orkids (ORKIDS)

-Pertubuhan Darul Fitrah

-IDEAS Autism Centre

-Lembaga Pusat Pendidikan al-Amin dan juga

3. Penaung kepada Kelab Penyokong Kelab Bola Sepak Manchester City Malaysia.

4. Ahli Dewan Pewakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia

Dari segi media, YB Dr. Maszlee Malik sangat terkenal sebagai moderator debat dan wacana politik serta penganalisis politik Timur Tengah, pemikiran politik Islam dan juga gerakan Islam kontemporari.

Menerusi satu video di Youtube, Dr Maszlee turut menegaskan sistem pendidikan di Malaysia perlu digubah dengan kaedah baru supaya anak-anak tidak jadi seperti tikus di makmal. Beliau juga berkata sistem kedudukan juga tidak harus menjadi tumpuan.

Tidak sangka dilantik

Dr Maszlee juga tidak menyangka akan dilantik menggalas jawatan ini menerusi petikan dari Berita Harian. Walau bagaimanapun, beliau berjanji akan melakukan terbaik untuk sistem pendidikan Malaysia. Apa apa pun, tahniah dari kami team Oh!Bulan. Semoga pelantikan Menteri Pendidikan yang baru dapat menambah baik sistem pendidikan buat generasi akan datang.

sumber

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: INFO, MALAYSIA

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Gempar : Hotel Terbakar Di Mekah
  • Kemalangan : Pasangan Kekasih Maut Bertembung Mercedes Benz
  • Terkini : Tok Mat Hilang Kerusi DUN Rantau
  • Gempar! Temuan Mayat Reput Di Kawasan Paya Nipah
  • Isu Penggunaan Vaksin
  • 12 Ahli Sindiket Dadah Tumpas!
  • Palm Fiber Bakal Hasilkan Minuman EG Fiber Berasaskan Batang Sawit
  • Camry Serba Baharu Mencatatkan Skor 91.47 Mata Dalam ASEAN NCAP
  • Apa Itu Aplikasi E-Hailing Faszz
  • Jual Air 3 Sen Pada Singapura Sudah Tidak Munasabah , Sepatutnya Jual 10 Kali Ganda

POPULAR

  • Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
    Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
  • Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
    Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
  • Senarai  Baru Senator & Ahli Parlimen Sertai Bersatu
    Senarai Baru Senator & Ahli Parlimen Sertai Bersatu
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
  • Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
    Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
  • 3 ADUN Johor Sertai Bersatu
    3 ADUN Johor Sertai Bersatu
  • Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
    Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
  • Teguran Daim, Dr. Mahathir Perlu Buat Perubahan
    Teguran Daim, Dr. Mahathir Perlu Buat Perubahan
  • ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
    ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
  • Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
    Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·