Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

Sam Allardyce DiPecat Everton

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada May 17, 2018, 4:06 am

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Sam Allardyce DiPecat Everton

Sam Allardyce DiPecat Everton

LONDON: Sam Allardyce dipecat Everton, hari ini hanya selepas enam bulan mengendalikan kelab berkenaan yang menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di kelompok pertengahan.

Bekas pengurus skuad kebangsaan England berusia 63 tahun itu dilantik bagi menggantikan Ronald Koeman pada November dan sekalipun berjaya mengeluarkan kelab itu dari zon bahaya, gaya pengurusannya tidak digemari peminat.

“Kami sudah membuat keputusan, sebagai sebahagian daripada pelan jangka panjang, kami akan melantik pengurus baharu pada musim panas ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif baharu Everton, Denise Barrett-Baxendale.

“Bagi pihak pengerusi, lembaga pengarah dan juga En Moshiri, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Sam atas apa yang sudah dilakukannya di Everton.

“Sam dibawa pada tempoh yang mencabar pada musim lalu dan memberikan kami sedikit kestabilan dan kami bersyukur dia dapat melakukannya.”

Bekas pengurus Watford dan Hull City, Marco Silva dilihat sebagai calon pilihan untuk menggantikan tugas Allardyce selepas Everton gagal memancingnya keluar dari Vicarage Road enam bulan lalu.

Sekalipun menandatangani kontrak selama 18 bulan, masa depan Allardyce tampak kelam selepas kekalahan 1-3 kepada bekas kelabnya, West Ham yang menyaksikan penyokong Everton menggesa supaya beliau dipecat. – AFP

sumber

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: SUKAN

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Kerajaan Akan Tumbang Jika Gagal Mengotakan Janji – Tun Mahathir
  • Suhaimi Saad Disingkirkan Dalam Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM
  • “Rafizi Kata Perbuatan Bersatu Macam Kerja Kutip Sampah”, Abdul Rahim
  • BMW Hangus 100%, Pemandu Rentung Sukar Di Kenalpasti
  • Micro Sleep : Kenali Simptom Serta Cara Atasinya
  • Gerun! Kala Jengking Dalam Pesawat!
  • KDN Pantau Modus Operandi Jual Al-Quran Online
  • Piala FA : Keputusan Suku Akhir City vs Newport County
  • Pengumuman Kadar Dividen KWSP 2018
  • Gempar! Syed Saddiq Dakwa Leher Di Cekak Exco Pemuda UMNO

POPULAR

  • Terkini : Harga Minyak Mingguan 16 Februari Hingga 22 Februari 2019
    Terkini : Harga Minyak Mingguan 16 Februari Hingga 22 Februari 2019
  • Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
    Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
  • DAP Tidak Teragak-Agak Tinggalkan PH - Lim Kit Siang
    DAP Tidak Teragak-Agak Tinggalkan PH - Lim Kit Siang
  • Senarai  Baru Senator & Ahli Parlimen Sertai Bersatu
    Senarai Baru Senator & Ahli Parlimen Sertai Bersatu
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
  • George H.W. Bush Meninggal Dunia
    George H.W. Bush Meninggal Dunia
  • Teguran Daim, Dr. Mahathir Perlu Buat Perubahan
    Teguran Daim, Dr. Mahathir Perlu Buat Perubahan
  • Tak Usah Naik Gaji, Nanti Kos Semua Naik - Tun M
    Tak Usah Naik Gaji, Nanti Kos Semua Naik - Tun M
  • 3 ADUN Johor Sertai Bersatu
    3 ADUN Johor Sertai Bersatu
  • Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
    Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·