Beliau yang memikul tugas itu sejak tiga tahun lalu memberitahu, surat perletakan jawatan telah diserahkan kepada pengurusan tertinggi KPTM di Kuala Lumpur hari ini.

“Kerajaan persekutuan telah bertukar tangan kepada Pakatan Harapan, tetapi saya masih lagi bersama UMNO dan Barisan Nasional, jadi saya rasa lebih baik mengundur diri.

“Jawatan ini juga diberikan oleh kerajaan BN sebelum ini dan saya rasa wakil dari PH lebih berhak untuk mengambil alih tugas saya,” katanya.

“Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga KPTM kerana memberi sokongan dan kerjasama dalam usaha memartabatkan KPTM sebagai institusi pengajian tinggi terunggul di negara ini,” ujarnya kepada pemberita di sini.

Menurutnya, beliau bersyukur kerana dapat membantu ramai pelajar luar bandar untuk melanjutkan pelajaran di KPTM seluruh negara. – K! ONLINE

sumber