Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

Datuk CT Bakal Berduet Khai Bahar Lagu Versi Zikir

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada May 14, 2018, 1:52 pm

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Datuk CT Bakal Berduet Khai Bahar Lagu Versi Zikir

Datuk CT Bakal Berduet Khai Bahar Lagu Versi Zikir

AMPANG: Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan beliau bakal melancarkan lagu Comel Pipi Merah versi zikir berjudul Cinta Syurga yang turut menampilkan Khai Bahar sebagai rakan duet.

Siti, 39, berkata, beliau memilih Khai disebabkan penyanyi berusia 24 tahun itu mempunyai vokal yang baik selain popularitinya yang sedang meningkat naik dalam kalangan peminat muzik tempatan.

“Bagi saya tidak salah untuk pilih Khai sebagai rakan duet untuk lagu ini kerana dia mempunyai suara yang bagus dan ketika melakukan rakaman lagu itu Khai melakukan dengan baik.

“Alhamdulillah kami juga mendapat bimbingan daripada Bazli daripada kumpulan UNIC bagi memantau cara bacaaan selawat dalam lagu itu,” katanya.

Siti ditemui pada majlis pelancaran butik kelapan Creacion & SimplySiti by Siti Nurhaliza di Melawati Mall di sini, Ahad.

Dedah penyanyi itu lagu,Cinta Syurga dihasilkan bersempena bulan Ramadan yang bakal disambut umat Islam pada 16 Mei ini.

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan terkininya selepas bersalin, Siti memberitahu dia masih perlu mengurangkan berat badannya sebanyak 10 kilogram sebelum membuat kemunculan semula di televisyen.

Kata Siti, berat badannya ketika hamil meningkat sehingga 92 kilogram dan kini ia kembali susut kepada 70 kilogram selepas mengamalkan diet dan melalui proses berpantang dengan betul.

“Kalau saya nak kembali dalam dunia seni kena kurangkan lagi berat badan. Sebab kalau nak muncul di kaca televisyen badan kita kena nampak kecil sikit.

“Alhamdulillah, kerana Aafiyah juga saya dapat turunkan berat. Saya mengamalkan diet yang elok dan menjalani proses berpantang dengan betul.

“Kalau masa hamil berat saya 92 kilogram dan sekarang dah 70 kilogram. Saya perlu kurangkan lagi untuk dapatkan dalam 59 kilogram pula,” ujarnya.

Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan pada 13 Oktober tahun lalu, dia mengumumkan sedang hamil anak pertamanya.

Siti melahirkan Siti Aafiyah pada 19 Mac lalu secara pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu negara dengan berat 3.55 kilogram.

Kehadiran Siti Aafiyah menjadi penyeri dalam keluarga Siti dan Datuk K kerana menerusi perkahwinan terdahulu, Datuk K mempunyai empat orang anak, kesemuanya lelaki

Sumber

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: HIBURAN

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Pacuan Empat Roda Rempuh Penunggang Motosikal Di Bawah Jejantas
  • 19 Tahun Menghilang, Mayat Jasmina Dominic Di Temui Dalam Peti Sejuk
  • Tragis! Perjalanan Pergi Sekolah Bertukar Maut
  • BERSATU Gerik Bubar Jawatankuasa Bahagian
  • Syarat BSH ‘Tidak Masuk Akal’, Rintihan Warga Emas
  • Dari Beri Subsidi Petrol Bersasar, Baik Naikkan BRIM, Jadi Rakyat Boleh Berbelanja – Najib Razak
  • Keputusan Pusingan Kelima Piala FA
  • Zaidi Yusop Kartunis Hello Boss Meninggal Dunia
  • “Tolak, Tolak! Penipuan! Tolak, tolak! Ijazah Palsu!”
  • Gempar : Hotel Terbakar Di Mekah

POPULAR

  • Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
    Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
  • Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
    Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
  • Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
    Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
  • Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
    Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
  • Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
    Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
  • ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
    ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
  • Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
    Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
  • Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
    Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
  • Apalah Nasib Peneroka Seperti Kami....
    Apalah Nasib Peneroka Seperti Kami....
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·