Elemen Al-Quran Asas Perbezaan Kaum Dan Agama
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bertitah menyeru umat Islam menjadikan elemen seperti keadilan, toleransi, diplomasi dan persefahaman yang diajar al-Quran sebagai panduan dalam menghadapi perbezaan kaum dan agama.
Baginda bertitah ini kerana al-Quran telah membawa bersama-sama prinsip asas dalam mengatur kehidupan manusia selari dengan keperluan fitrah manusia itu sendiri.
“Dalam konteks negara kita Malaysia, ideologi negara merupakan suatu bentuk identiti dan nilai bersama yang perlu dipegang oleh seluruh rakyat.
“Perkongsian rasa milik bersama ini amat penting nilainya dalam melahirkan semangat untuk bersama-sama memelihara kedaulatan, keamanan dan membangunkan ekonomi negara,” titah baginda.
Sultan Muhammad V bertitah demikian pada Majlis Tilawah Penutupan dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-60 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam ini. – Bernama
Komentar