Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

Datuk Mohamad Nordin Ibrahim Ketua Pengarah JAKIM

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada May 13, 2018, 6:32 pm

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Datuk Mohamad Nordin Ibrahim Ketua Pengarah JAKIM

Datuk Mohamad Nordin Ibrahim Ketua Pengarah JAKIM

KUALA LUMPUR : Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, dilantik sebagai Ketua Pengarah yang baharu bermula Khamis ini.

Mohamad Nordin, 58, menggantikan Tan Sri Othman Mustapha yang bersara wajib pada 16 Mei ini.

Othman berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju meluluskan pelantikan Mohamad Nordin susulan penamatan tujuh tahun tempoh kontrak perkhidmatannya di JAKIM.

Katanya, Mohamad Nordin sudah menerima watikah pelantikan pada Majlis Penyampaian Surat Pelantikan sebagai Ketua Pengarah di Jabatan Perdana Menteri (JPM), 7 Mei lalu.

“Dengan kredibiliti, pengetahuan dan pengalaman luas beliau dalam bidang pengurusan hal-ehwal Islam di Malaysia serta integriti tinggi dimilikinya, saya yakin beliau mampu meneruskan visi dan misi JAKIM untuk memastikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di negara ini.

“Terima kasih atas kepercayaan kerajaan terhadap saya sebagai Ketua Pengarah JAKIM selama lebih tujuh tahun.

“Saya berdoa kerajaan khususnya perkhidmatan awam terus cemerlang menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Nordin mendapat pendidikan awal di Kolej Islam Klang, Selangor.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (BA) Usuluddin di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Sarjana Pengajian Islam (MA) Tamadun Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau juga pernah mengikuti Program Kepemimpinan di Oxford University, United Kingdom pada 2013.

Mohamad Nordin berkhidmat dalam kerajaan selama lebih 34 tahun apabila mula dilantik sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam bermula 31 Januari 1984.

Beliau berpengalaman luas dalam bidang pengurusan hal-ehwal Islam melalui kariernya di pelbagai tempat dan bahagian sepanjang tempoh perkhidmatannya.

sumber

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: INFO, MALAYSIA

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Gadis Pelacuran Ketepi Soal Maruah Demi Duit.
  • “Tolong Jangan Sebar Video Suami Saya Lagi.”
  • Lionel Messi Meledak Hatrik Ke-50.
  • Isu Etnik Uighur Bakal menjadi ‘Panas’ Di UNHRC.
  • Kadar Tol Percuma ‘off-peak’ Pukul 11 Malam Hingga 5 Pagi.
  • Liga Super : Keputusan Perak vs Felda United.
  • JDT Tumpaskan Melaka United Dalam Liga Super.
  • Liga Super : Keputusan PKNS FC vs PKNP FC.
  • Wan Azizah Kesal Janji Di Mungkiri.
  • Dua Patung Berhala Di Surau Sabilul Huda.

POPULAR

  • Lori Tangki Minyak Terbakar.Pemandu Rentung.
    Lori Tangki Minyak Terbakar.Pemandu Rentung.
  • Rupa-rupanya Mahathir hanyalah ikut arahan DAP.
    Rupa-rupanya Mahathir hanyalah ikut arahan DAP.
  • Pasangan Berkhalwat Di Hotel Di Cekup
    Pasangan Berkhalwat Di Hotel Di Cekup
  • Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
    Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
  • Semak ePenyata Gaji MARA Secara Online 2017. Sistem ePenyata Gaji MARA.
    Semak ePenyata Gaji MARA Secara Online 2017. Sistem ePenyata Gaji MARA.
  • Hari ini ANDA adalah Kerajaan. Berhenti berkempen! - Tunku Mahkota Johor
    Hari ini ANDA adalah Kerajaan. Berhenti berkempen! - Tunku Mahkota Johor
  • DAP Tidak Teragak-Agak Tinggalkan PH - Lim Kit Siang
    DAP Tidak Teragak-Agak Tinggalkan PH - Lim Kit Siang
  • Syarat Rumit BSH Telah Di Permudahkan
    Syarat Rumit BSH Telah Di Permudahkan
  • Tok, Tambah Lagi Tok..Biar Dia Menjanda Sampai Mati
    Tok, Tambah Lagi Tok..Biar Dia Menjanda Sampai Mati
  • Kisah Rahsia Janda Ini Menerima Teruna Sebagai Suami
    Kisah Rahsia Janda Ini Menerima Teruna Sebagai Suami
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·