Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

BIMB dan Petronas Kerjasama Dalam Program Vendor PKS

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada May 9, 2018, 6:51 am

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

BIMB dan Petronas Kerjasama Dalam Program Vendor PKS

BIMB dan Petronas Kerjasama Dalam Program Vendor PKS

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) telah menyediakan penyelesaian kewangan kepada vendor-vendor Petronas melalui Program Vendor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Khairul Kamarudin berkata, program tersebut melibatkan syarikat minyak nasional, Petronas dan anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan, Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).

Ia bertujuan untuk memberi manfaat kepada sektor perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) tempatan.

“Bank Islam komited untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem kewangan dalam menyediakan penyelesaian berkaitan kepada vendor-vendor OGSE

“Kami berminat menyediakan pilihan pembiayaan kepada para vendor sebagai menambah nilai sektor terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan sempena pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara ketiga-tiga pihak tersebut di sini semalam.

Menandatangani bagi pihak Petronas ialah Timbalan Presiden Perolehan Kumpulan, Samsudin Miskon, Bank Islam dan SJPP masing-masing diwakili Ketua Perbankan Komersial, Abdul Rashid Abdul Hamid dan Pengurus Besar Kanan, Chen Yin Heng.

Pemeteraian perjanjian itu turut disaksikan oleh Presiden dan CEO Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin; Khairul dan Pegawai Utama SJPP, Dr. Nungsari Ahmad Radhi.

Di bawah perjanjian tersebut, SJPP yang merupakan sebuah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan akan berperanan sebagai penyedia jaminan kredit dengan menyediakan lebih 70 peratus jaminan kepada vendor-vendor PKS OGSE yang layak untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan

Petronas akan mempromosikan kemudahan pembiayaan yang disediakan kepada vendor-vendor PKS di bawahnya, selain mengesahkan kontrak dan maklumat vendor.

Sehingga bulan Mac 2018, Bank Islam telah menyediakan kemudahan pembiayaan berjumlah kira-kira RM2.9 bilion yang memanfaatkan 1,235 pelanggan PKS.

sumber

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: EKONOMI

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Gempar : Hotel Terbakar Di Mekah
  • Kemalangan : Pasangan Kekasih Maut Bertembung Mercedes Benz
  • Terkini : Tok Mat Hilang Kerusi DUN Rantau
  • Gempar! Temuan Mayat Reput Di Kawasan Paya Nipah
  • Isu Penggunaan Vaksin
  • 12 Ahli Sindiket Dadah Tumpas!
  • Palm Fiber Bakal Hasilkan Minuman EG Fiber Berasaskan Batang Sawit
  • Camry Serba Baharu Mencatatkan Skor 91.47 Mata Dalam ASEAN NCAP
  • Apa Itu Aplikasi E-Hailing Faszz
  • Jual Air 3 Sen Pada Singapura Sudah Tidak Munasabah , Sepatutnya Jual 10 Kali Ganda

POPULAR

  • Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
    Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
  • Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
    Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
  • Senarai  Baru Senator & Ahli Parlimen Sertai Bersatu
    Senarai Baru Senator & Ahli Parlimen Sertai Bersatu
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
  • Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
    Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
  • 3 ADUN Johor Sertai Bersatu
    3 ADUN Johor Sertai Bersatu
  • Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
    Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
  • Teguran Daim, Dr. Mahathir Perlu Buat Perubahan
    Teguran Daim, Dr. Mahathir Perlu Buat Perubahan
  • ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
    ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
  • Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
    Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·