Siapa Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (lahir 6 Disember 1992) adalah merupakan Ketua Armada bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Beliau adalah bekas Juara Debat Asia. Beliau merupakan bekas penuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Undang-undang.
Beliau telah dilahirkan pada 6 Disember 1992 di Pulai, Johor Bahru, Johor, Malaysia. Beliau pernah belajar di Maktab Tentera Diraja sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Semasa beliau menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, beliau telah bertanding dalam satu pertandingan debat peringkat Asia dan telah berjaya menjadi Juara Debat Asia
Beliau telah menceburi bidang politik dengan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Atas kepercayaan pemimpin atasan parti, beliau telah dilantik sebagai Ketua Armada, satu sayap Pemuda dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Komentar