Naib Presiden Pe­masaran Etika Sdn. Bhd., T.S Santharuban berkata, Shaheizy Sam akan bergan­dingan bersama penyanyi popular, Siti Nordiana bagi mempromosi kebaikan dan keriangan yang terdapat dalam setiap minuman Calpis.

“Kami mengalu-alukan kerjasama dengan Shaheizy Sam ke­ra­na beliau mempunyai persona­liti menarik dan gaya hidup aktif yang bertepatan dengan jenama Calpis.

“Minuman Calpis memberi ke­­le­gaan dalaman kepada pengguna dengan meningkatkan sistem penghadaman sekali gus menjadikan hidup mereka lebih sihat dan ceria,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Sementara itu, Sha­heizy Sam berkata, beliau teruja untuk menjadi sebahagian daripada kempen Goodness, It’s In Our Culture kerana menepati gaya hidupnya.

Katanya, Calpis fiber bukan sahaja mempu­nyai rasa yang enak malah ia ju­ga memastikan sistem pengha­daman dalam keadaan baik.

“Hidup saya menjadi ceria, po­sitif, terasa le­bih ringan dan sihat apabila sistem pengha­daman berfungsi de­ngan cekap,” ujarnya.

Terdapat pelbagai variasi perisa minuman Calpis seperti Original, Mangga, Anggur, Strawberi, Original Fiber dan Oren Fiber yang tersedia dalam saiz 350 mi­liliter (ml) dan satu liter.