Saddam dihukum gantung pa­da waktu subuh, 30 Disember 2006 sele­pas pemerintahan kuku besi­nya selama suku abad. Hukuman yang memalukan pengikut Sunnah itu disambut gembira oleh penduduk majoriti Syiah di Iraq.

Namun, kubur sebenar lelaki yang pernah mencetuskan ketakutan di hati rakyat Iraq itu kekal misteri. Ia berikutan spekulasi bahawa makam Saddam telah digali dan jenazahnya dikeluarkan.

Spekulasi itu bertiup kencang se­lepas penduduk setempat dila­porkan memindahkan jenazah Sad­dam ke tempat lain bagi me­ngelakkan jasadnya menjadi sa­saran dendam semasa ke­maraan militan Daesh sekitar tahun 2014.

Ketua puak Albu Nas­­ser yang juga suku Saddam, Sheikh Manaf Ali Al-Nida berpegang teguh kepada sepucuk su­rat yang ditanda ta­ngani keluarganya bahawa jenazah Saddam telah dikebumikan de­ngan se­ge­ra.

Menurutnya, jenazah itu disemadikan di makam tersebut yang dipilih oleh Saddam beberapa tahun sebelum dia dihukum mati.

Makam itu dikunjungi ramai penyokongnya termasuk kanak-kanak sekolah terutama tanggal 28 April, iaitu hari kelahirannya.

Hari ini pelawat memerlukan kebenaran khas untuk melawat makam Saddam yang musnah, manakala Sheikh Manaf terpaksa meninggalkan kampung Al-Awja dan berlindung di wilayah Kur­distan, Iraq.

Kubur Sebenar Saddam Hussein Masih Misteri Sehingga Hari Ini

Sejak pendudukan AS di Iraq pada 2003, puak Albu Nasser ditindas kerana hubungannya de­ngan Saddam, kata Sheikh Manaf kepada agensi berita AFP.

“Adakah adil kami perlu membayar harga tinggi ini dari gene­rasi ke generasi hanya kerana kami berasal daripada keluarga yang sama?” soalnya.

Di tapak perkuburan Saddam, kumpulan separa tentera Syiah, Hashed Al-Shaabi yang bertanggungjawab mengawal keselamatan kawasan berkenaan menyata­kan baha­wa makam itu musnah akibat se­rangan udara tentera Iraq yang me­nyasarkan militan Daesh.

Sheikh Manaf tiada di tempat kejadian semasa serangan udara itu berlaku tetapi beliau yakin makam Saddam telah digali dan diletupkan.

“Itu tidak benar, mayatnya masih di makam tersebut,” kata ketua keselamatan Hashed Al-Shaabi, Jaafar Al-Gharawi.

Salah seorang pejuangnya, ba­gaimanapun, mendakwa baha­wa anak perempuan Saddam yang hidup dalam buangan, Hala telah menggunakan sebuah pesawat peribadi untuk mengangkut jena­zah bapanya ke Jordan.

Namun, sebilangan individu termasuk warga Baghdad, Abu Samer percaya bahawa Saddam masih hidup.

“Saddam tidak mati. Individu miripnya yang menjalani hukuman gantung tersebut,” kata lelaki itu. – AFP