Terdahulu, jenazah Napsiah dibawa ke kediamannya dekat sini dan  disembahyangkan di Surau Tuanku Muhriz, Kampung Jawa sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan.

Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Seri Hasan Malek hadir majlis pengebumian tersebut.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah itu menghembuskan nafas terakhir di rumah anaknya di Ampang Jaya, Selangor pada usia 74 tahun akibat implikasi hati kira-kira pukul 6.10 petang semalam. – K! ONLINE