Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu, hampir empat juta orang menghidap penya­kit insomnia kronik yang memerlukan rawatan perubatan tetapi mereka tidak berbuat demikian.

Menurut Perunding Jenama Winthrop Management, Sherlyne Yong, Kajian Tabiat Tidur Rakyat Malaysia 2018 oleh Nielsen Malaysia mendapati sebanyak 52 peratus responden kajian itu mengalami insomnia atau masalah susah tidur disebabkan stres dan kemurungan.

Katanya, selain stres, gaya hidup dan tabiat tidur tidak sihat (34 peratus), tempat tidur yang kurang selesa (26 peratus) dan menghabiskan terlalu banyak masa untuk bermain gajet seperti telefon pintar dan tablet (25 peratus) turut menjadi penyumbang utama