Dalam satu kenyataan hari ini, Proton berkata, proses manaik taraf itu merupakan sebahagian daripada inisiatif bagi memastikan kejayaan sinergi, susulan pengambilalihan 49.9 peratus sahammnya oleh Zhejiang Geely Holdings Group (Geely), China.

“Pemakaian sistem skor audit kualiti produk Geely – adaptasi sistem yang digunakan oleh Volvo Cars – membantu mengenal pasti isu dan menyumbang kepada pengukuhan skor audit merentas semua model.

“Lebih banyak inisiatif dijangkakan tahun ini ketika Proton bersiap sedia untuk membina kereta yang sepadan kualiti pengeluar kereta  premium,” katanya.

Sementara itu, bagi April, Proton berkata, ia menawarkan pembiayaan sifar peratus kepada pembeli kereta kali pertama bagi model Proton Iriz (varian Eksekutif dan Premium), Proton Ertiga (semua varian) dan Proton Exora (semua varian), yang mengambil pinjaman untuk tempoh lima tahun dengan  Hong Leong Bank.

Bagi pembelian Proton Saga dan Persona (hanya Premium CVT), pembeli akan menerima body kit percuma bagi tempahan yang dibuat sepanjang April.

Selain itu, rebat juga diberikan ke atas model lain Proton selain insentif menarik ke atas baki stok kereta yang dikeluarkan pada 2017. – Bernama