“Sejumlah 103 peluru berpandu krus termasuk misil Tomahawk dilancarkan oleh sekutu Barat. Bagaimanapun, 71 peluru berpandu krus berjaya dipintas,” kata pegawai kanan tentera Rusia, Sergei Rudskoi dalam satu taklimat di Moscow.

Barat turut melancarkan sebanyak 12 misil ke sebuah lapangan terbang dekat Damsyik, namun ia gagal memusnahkan fasiliti itu selepas semua roket itu dipintas oleh sistem pertahanan udara Syria.

“Sistem pertahanan udara Rusia yang ditempatkan di wilayah Syria tidak digunakan untuk mengekang serangan misil (Barat),” menurut satu kenyataan daripada Kementerian Pertahanan Rusia.

AS, Perancis dan Britain mengumumkan satu operasi ketenteraan bersama untuk menyerang kerajaan Syria yang dituduh melakukan satu serangan senjata kimia yang mengorbankan lebih 40 nyawa di bandar Douma, dekat Damsyik di Syria. – AFP