Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata, selain mempromosikan nanas MD2, projek tersebut bertujuan merancakkan lagi pengeluaran hasil pertanian itu ke satu tahap yang lebih tinggi.

“Nanas MD2 dipilih kerana ia berkualiti premium selain teksturnya yang rangup dan lebih manis. Kanak-kanak juga lebih menggemari rasa nanas MD2 berbanding varieti yang lain.

“LPNM menawarkan subsidi bantuan benih nanas MD2 kepada pengusaha-pengusaha yang mempunyai tanah kepunyaan mereka sendiri.

“Projek ini telah dimulakan di daerah Kemaman, Setiu serta Marang dan ia akan diperluas sehingga ke Besut,” katanya kepada pemberita pada program Tuaian dan Promosi Nanas MD2 di Kampung Batu Tumbuh, Kampung Raja dekat sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah LPNM Teregganu, Imraan Fahmi Tajul Arifin