Pelumba Australia itu memulakan saingan dari kedudukan keenam, namun berjaya mengambil kesempatan ketika kereta keselamatan memasuki trek pada pusingan ke-31 untuk menukar tayar baharu.

Dia merampas kedudukan pendahulu di pusingan ke-45 selepas memintas pemandu Mercedes, Valtteri Bottas.

Bottas menamatkan saingan di tangga kedua, manakala Kimi Raikkonen dari Ferrari di tempat ketiga.

Pemandu utama Ferrari, Sebastian Vettel yang memenangi dua perlumbaan pertama musim ini sekadar berada di tempat kelapan biarpun bermula dari petak pertama.

Pemandu Jerman itu turut mengalami kemalangan kecil menyebabkan dia gagal menaiki podium.

Juara dunia, Lewis Hamilton menamatkan cabaran di tempat kelima untuk memperbaiki pungutan mata keseluruhan kepada 43, 11 mata di belakang Vettel. Bottas di tempat ketiga dengan 40 mata. – AGENSI