Pesawat kargo gergasi Ukraine itu sebenarnya sudah tidak asing bagi KLIA kerana ia pernah mendarat sebanyak dua kali di sini iaitu pada tahun 2007 dan 2016 sebagai pesawat pengangkut barangan komersial.

Antonov An-225 Mriya Mendarat Di KLIA

Juruterbangnya, Antonov Dmytrov memberitahu Bernama bahawa Malaysia adalah tempat persinggahan ketiga pesawat itu selepas Leipzig, Jerman dan Dammam, Arab Saudi, bagi menghantar kargo berat.

Dmytrov, yang berpengalaman menerbangkan pesawat kargo selama 16 tahun berkata, pesawat bersama 24 anak kapal itu akan berada di sini selama tiga hari sebelum terbang semula ke Arab Saudi.

“Pesawat ini direhatkan di Kiev selama lebih setahun (bagi tujuan menaik taraf) dan kami terbang semula untuk kali pertama pada 3 April. Ini kali kedua saya menerbangkan pesawat  ini ke Malaysia,” katanya. – Bernama

 

sumber