CSKA yang tewas 1-4 pada pertemuan pertama di London bagaimanapun berjaya mencemaskan skuad The Gunners apabila merapatkan jurang agregat dengan 2-0 dan hanya memerlukan satu gol lagi untuk mengikat agregat 4-4, sekali gus mempunyai kelebihan peraturan jaringan di tempat lawan.

Kelab dari Rusia itu jelas ingin mengikut jejak langkah AS Roma dan Juventus yang bangkit mengikat lawan masing-masing dalam kempen Liga Juara-Juara apabila memperoleh jaringan Fyodor Chalov dan Kirill Nababkin masing-masing pada babak pertama serta kedua.

Namun, gol daripada Danny Welbeck ketika perlawanan berbaki 15 untuk ditamatkan berjaya memberi kelebihan semula kepada skuad kendalian Arsene Wenger itu sebelum Aaron Ramsey menjamin kejayaan mereka dengan agregat 6-3 pada minit kecederaan.

Arsenal Mara Ke Peringkat Separuh Akhir Liga Erop

Kemenangan ini juga amat bermakna buat Arsenal yang memburu slot ke kempen Liga Juara-Juara Eropah sekiranya menjulang trofi kempen ini seperti yang dilakukan oleh Manchester United yang menjuarainya pada musim lalu. – Agensi