Menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagram, Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman memaklumkam beliau berjaya sampai ke Jhinu Nanda dengan ketinggian 1,780 meter paras laut.

Dalam pada itu, ruang komen vokalis kumpulan Search itu dipenuhi dengan doa dan harapan peminat yang mengharapkan perjalanannya untuk menawan puncak Gunung Annapura dipermudah.

Malah, rata-rata peminat juga meluahkan rasa kagum terhadap Amy yang mampu mendaki gunung di usia 60 tahun. – UTUSAN ONLINE