Mangsa yang ketika kejadian berusia 16 tahun tiba dari Sarawak pada 26 Ogos 2016 dan dijemput oleh bapanya (nama dirahsiakan oleh mahkamah) lalu dibawa menginap di sebuah bilik sewa di Lorong Haji Taib 1, di ibu negara.

Malangnya, remaja itu bukan sahaja ditipu bahawa kolej berkenaan tidak wujud, malah dirogol sebanyak 11 kali hampir setiap hari di antara 27 Ogos 2016 dan 7 September 2016 di bilik sewa berkenaan. Dia turut dipaksa melakukan seks luar tabii sekali.

Hari ini, perbuatan keji lelaki itu terbalas apabila Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 80 tahun dan memerintahkannya menjalani hukuman sebatan sebanyak 24 kali, jumlah maksimum yang dibenarkan dikuat-kuasakan di bawah undang-undang.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohd. Zawawi Salleh yang bersidang bersama Datuk Ahmadi Asnawi dan Da-tuk Kamardin Hashim memutuskan demikian selepas menolak rayuan akhir lelaki itu.

Perayu yang tidak diwakili peguam merayu diberi peluang kedua untuk memperbaiki diri atas alasan tidak menge-tahui mangsa adalah anak kandungnya sehingga diberitahu oleh polis, ekoran terpisah lama sejak mangsa berusia enam bulan.

Ujarnya dia yang hidup sebagai gelandangan di kawasan Chow Kit dan dibesarkan oleh pengedar dadah sejak ke-matian ibu bapa ketika berusia 13 tahun, mengaku tidak mengetahui hukum hakam akibat perbuatannya.

Bagaimapun, Timbalan Pendakwa Raya, Zaki Asyraf Zubir memohon rayuan ditolak dan berhujah bahawa alasan tidak mengetahui mangsa adalah anak kandungnya, sebagai tidak munasabah.

Hujah pendakwa raya, perayu wajar dijauhkan daripada masyarakat kerana sanggup merogol darah dagingnya sendiri berulang-ulang kali sedangkan mereka terpisah selama 15 tahun. – UTUSAN ONLINE