Aktivis dan pejuang antiaparteid itu telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Netcare Milpark pada 2 April 2018 akibat sakit tua.

Ahli politik yang pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Kesenian, Kebudayaan, Sains dan Teknologi itu berkahwin dengan Mandela selama 38 tahun dan menjadi penyokong terkuatnya selama 27 tahun ketika bekas pemimpin itu ditahan.

Pasangan itu bercerai pada Mac 1996 dan meninggalkan dua orang anak perempuan. –  AFP