Selain aktiviti persundalan dan khidmat GRO, premis yang terletak di Jalan Sungai Besi di sini turut menjual minuman keras kepada lelaki berhidung belang.

Pelanggan boleh menempah GRO yang disukai dengan bayaran RM300 setiap empat jam. Pengusaha premis turut menjalankan aktiviti persundalan menggunakan GRO terbabit bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Bagaimanapun, semua aktiviti ha­ram tersebut terbongkar apabila di­serbu dalam Operasi Banteras Aktiviti Ha­ram (Ops BAH) Siri 43 pada pukul 1 pagi.

Operasi melibatkan 320 pegawai dan anggota dari 29 agensi kerajaan dan 18 pertubuhan bukan kerajaan itu turut menggempur sebuah lagi premis di Jalan Ipoh di sini.

Ketua Penyelaras Ops BAH Siri 43, Azman Mahmood berkata, dalam serbuan itu, seramai 105 individu berusia dalam lingkungan 20 hingga 60 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Salah seorang pekerja premis pusat hiburan itu mengaku ada menawarkan khidmat GRO berharga RM300 bagi tempoh empat jam. Mereka mampu meraih keuntungan sehingga RM12 juta setahun.