Tertuduh, Mohd. Nazri Omar, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Hurman Hussain selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki dadah berbahaya jenis 3, 4  methylenedioxymethamphetamine MDMA dengan berat kasar 0.80 gram yang disenarai dalam jadual pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 di Pangsapuri Pasir Puteh, Kampung Portugis di sini pada pukul 2.30 petang, 23 Mac lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dan menetapkan 8 Mei depan bagi serahan laporan kimia dan lantikan peguam. Tertuduh membayar jaminan tersebut. – K! ONLINE